TINJAUAN yang dibuat Paddy Power mendapati bahawa, selain daripada penyokong Manchester United dan Manchester City, majoriti penyokong Southampton, Everton dan Chelsea lebih rela gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) dipertahankan Manchester City.

52 peratus penyokong Southampton mahu City muncul juara musim ini, kemungkinan besar kerana Liverpool kerap ‘mencuri’ bintang kelab itu, seperti Sadio Mane, Virgil van Dijk dan Adam Lallana.

Sementara itu, 53 peratus penyokong Chelsea tidak mahu melihat Liverpool bergelar juara musim ini, begitu juga seteru setempat, Everton yang menyaksikan 67 peratus mahu City menang gelaran.

Penyokong Huddersfield paling ramai mahu Liverpool menang dengan 75 peratus.

Dalam tinjuan yang dibuat terhadap penyokong 20 kelab EPL itu, hanya penyokong Burnley menyaksikan keputusan yang seimbang.

Seperti dijangka, tiada seorang pun penyokong City mahu Liverpool menang manakala ada 36% penyokong seteru utama the Reds, United mahu Liverpool menang EPL musim ini.

Bagaimanapun laporan yang dibuat portal Sport Bible itu tidak menyatakan jumlah penyokong yang terlibat dalam tinjauan tersebut.


Berikut keputusan penuh tinjauan yang dibuat: