Selepas berjaya mengelakkan kejutan, dengan menang tipis 2-1 ke atas Malaysia, Ketua Jurulatih Emiriah Arab Bersatu (UAE) Bert van Marwijk memulakan sidang media selepas perlawanan, dengan memuji Stadium Nasional Bukit Jalil.
Selepas perlawanan Kumpulan G, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 itu malam tadi, jurulatih dari Belanda yang membawa negaranya ke Piala Dunia 2010 berkata, stadium berkapasiti 87,000 orang itu merupakan antara yang paling cantik, yang beliau pernah kunjungi.
Bagaimanapun, kegembiraan media Malaysia atas pujian itu tidak lama, apabila jurulatih berusia 67 tahun itu mula menyebut mengenai keadaan padang yang tidak setaraf dengan kecantikan stadium.
"Mulanya, saya mahu mengucapkan tahniah atas stadium yang cantik, antara stadium yang paling cantik yang pernah saya jumpa di seluruh dunia.
"Namun sayang, kerana kamu ada padang seperti ini, anda tidak boleh bermain bola sepak dengan pantas, juga untuk Malaysia. Sayang sekali, tetapi ini sebuah stadium yang cantik," katanya.
BACA: Sayang... (MAS 1 - 2 UAE)
Kritikan pada keadaan padang bukanlah sesuatu yang baharu, kerana Tan Cheng Hoe dan beberapa pemain kebangsaan juga telah memberikan komen yang sama mengenai keadaan padang itu, pada perlawanan 'playoff' pertama menentang Timor Leste pada Jun.
Bagaimanapun komen terkini ini hadir selepas sebulan Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Tan Sri Tony Fernandes berjanji, untuk memperbaiki keadaan padang sedia ada, dan menjadikannya kepada yang terbaik di Asia, dalam tempoh satu tahun.
BACA: Adik Omar iringi pasukan Harimau Malaya ke padang
Sementara itu bercakap mengenai perlawanan itu Marwijk berkata, selepas memulakan perlawanan dengan buruk, pemainnya yang menduduki tangga ke-65 dunia itu, telah membaiki prestasi mereka dan bangkit untuk mengatasi pasukan Malaysia yang berkedudukan ke-159 dunia, selepas menemui kecatatan dalam taktikal di bahagian kiri pertahanan.
"Bermula separuh masa kedua, kami mendapat masa terbaik dalam permainan. Saya nampak Malaysia masih lagi kepenatan daripada perlawanan dan perjalanan sebelum ini (menentang Indonesia), jadi inilah masanya yang kami ada untuk menjaringkan gol, kerana kami hanya ada beberapa peluang baik pada 15 minit pertama separuh masa kedua.
"Bagaimanapun, apabila jurulatih (Tan Chen Hoe) mula menukar pemainnya, mereka kembali bersemangat dan saya tidak menjangkakan yang mereka akan terus memberikan tekanan pada 15 minit terakhir perlawanan, namun kami bekerja keras dan akhirnya kami gembira untuk menang di sini.
"Ini kerana saya rasa tidak banyak negara yang boleh menang di sini. Kami mempunyai tujuh pemain muda dalam pasukan, tidak mudah untuk mereka, namun banyak yang mereka belajar daripada perlawanan ini," katanya.
BACA: UAE jangka pertembungan sengit dengan pasukan Harimau Malaya
Malaysia memulakan perlawanan dengan medahului melalui tandukan Muhammad Syafiq Ahmad pada 30 saat pertama perlawanan dan mendominasi perlawanan untuk 30 minit, sebelum UAE memastikan kemenangan mereka melalui gol, Ali Ahmed Mabkhout pada minit ke-43 dan ke-74.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 11 2019

MARWIJK: Saya nampak Malaysia masih lagi kepenatan daripada perlawanan dan perjalanan sebelum ini (menentang Indonesia), jadi inilah masanya yang kami ada untuk menjaringkan gol. - Gambar fail
Suspek kes bunuh peniaga wanita disambung reman tujuh hari
Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada 13 Feb lepas, disambung reman seminggu lagi.
Kes cabul di Masjid: Polis siasat dakwaan suspek ada kad OKU
Polis sedang menyiasat dakwaan yang mengatakan lelaki ditahan berhubung kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di masjid di Batang Kali pagi Jumaat, memiliki kad orang kurang upaya (OKU).
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.
Kes tercekik 'gummy': Keluarga reda, enggan salahkan mana-mana pihak
Keluarga Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin reda dengan pemergiannya yang meninggal dunia selepas tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.

Stadium Nasional terbaik, tapi padangnya menyedihkan - Marwijk
Jurulatih dari Belanda yang membawa negaranya ke Piala Dunia 2010 berkata, stadium berkapasiti 87,000 orang itu merupakan antara yang paling cantik, yang beliau pernah kunjungi.