JAGUH pencak silat negara, Mohd Al Jufferi Jamari sekadar meraih pingat perak dalam aksi final saingan Kelas E Putra penuh kontroversi di Padepokan Pencak Silat Taman Mini Indonesia Indah di sini, pada Isnin.
Berbaki dua saat sebelum aksi tamat, juara dunia 2016 dan pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) itu melangkah keluar gelanggang sebelum disahkan tewas kepada pesilat Indonesia, Komang Harik Adi Putra setelah menarik diri.
Semuanya gara-gara Al-Jufferi tidak berpuas hati dengan pengadilan juri selepas mendapati setiap serangannya yang mengenai sasaran tidak langsung diberikan mata.
Persoalannya, WAJAR atau TIDAK tindakan pendekar negara itu menarik diri?
Kongsi sejujurnya pandangan anda di sini dan di laman media sosial kami.
BACA: Saya tewas kerana ketidakadilan - Al Jufferi
BACA: 'Kamu tetap pemenang di mata dan hati kami semua brother Al Jufferi' - Syed Saddiq
BACA: Kalau terus begini, sukan silat tidak akan ke mana - Pesaka
BACA: Al-Jufferi sedia hadapi sebarang hukuman
Israr Khalid
Mon Aug 27 2018

Al-Jufferi tidak berpuas hati dengan pengadilan juri selepas mendapati setiap serangannya yang mengenai sasaran tidak langsung diberikan mata.

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Akaun Twitter Syed Saddiq 'diserang' netizen Indonesia
Pesilat harapan emas negara terpaksa akur merangkul pingat perak selepas tewas kepada pesilat tuan rumah, Komang Harik Adi Putra, 1-4.

Sukan Asia 2018: Wajarkah tindakan pesilat negara menarik diri?
Berbaki dua saat sebelum aksi tamat, juara dunia 2016 dan pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) itu melangkah keluar gelanggang.

Saya tewas kerana ketidakadilan - Al Jufferi
Mohd Al Jufferi mendakwa aksi final yang disaksikan ribuan penyokong tuan rumah telah dicemari keputusan berat sebelah oleh juri yang mengadili perlawanan akhir tersebut.