Malaysia memulakan langkah baik pada aksi pertama acara bola sepak di Sukan SEA Singapura apabila menundukan Timor Leste dengan jaringan 1-0.

Pemain sayap Pahang, D. Saarvindran meletakan skuad muda negara didepan seawal minit ke-11.

Walaubagaimanapun, insiden Nazmi Faiz Mansor dibuang pada minit ke-31 menimbulkan tanda tanya.

Pengadil telah mengadakan perbincangan dengan pegawai keempat perlawanan sebelum melayangkan kad merah dan Nazmi nyata kelihatan terpinga-pinga dengan keputusan itu.

Ini bermakna, skuad di bawah bimbingan jurulatih Datuk Ong Kim Swee terpaksa beraksi diperlawanan seterusnya tanpa kehadiran Nazmi.

Sukan SEA
Aksi pemain skuad bola sepak bawah-23 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Bishan, Singapura pada Sabtu. - Sumber Foto FAM

Walaupun beraksi dengan 10 pemain, Malaysia masih mampu mengawal perlawanan.

Ternyata, Malaysia mempunyai pemain dan corak permainan yang lebih berkualiti berbanding Timor Leste yang berada di tahap bola sepak yang lebih tinggi.

Semalam, pasukan bola sepak Timor Leste telah disyaki terlibat mengatur perlawanan namun jawatankuasa penganjuran telah mengambil keputusan untuk meneruskan perlawanan.