
Skuad sepak takraw negara yang akan bertanding dalam acara chinlone bersama pengurus pasukan Wan Mohd Husni Abdullah (lima, kiri) dan jurulatih Mohd Yusoff Abdullah (empat, kiri) pada sesi latihan di MSN, Kampung Baru pada 11 Ogos. - FotoBERNAMA
HARI ini, skuad negara mencipta sejarah selepas berjaya meraih kilauan emas sulung Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 menerusi acara Chinlone linking di Stadium Tertutup Titiwangsa di sini pada Rabu.
Skuad chinlone negara yang diketuai Izuan Afendi Azlan beraksi bak wira untuk menyambar emas dengan mengumpul 391 mata menewaskan Filipina yang mengutip 271 mata.
BACA: Kilauan emas pertama Malaysia menerusi chinlone linking