Sesuai dengan tema 'Wow Kita Hebat', temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 Perak 2018 dibuka secara rasmi dalam pancaran cahaya gilang-gemilang di Stadium Perak di sini, malam ini.
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berangkat menyempurnakan majlis perasmian itu tepat pada 10.05 malam, setelah tertangguh kira-kira 45 minit dari jadual asal akibat hujan.
Namun cuaca tidak mendingini semangat semua peserta dan penonton.
Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim turut berangkat ke majlis perasmian tersebut.
Hadir sama, Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu serta Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Sultan Nazrin meletakkan sebilah keris ke dalam kotak yang kemudian memancarkan laser warna warni dan menyalakan obor temasya dengan disaksikan ribuan penonton yang bersorak terpesona.
Terdahulu, baginda berkenan menerima obor dibawa oleh Chef de Mission kontinjen Perak, Loo Kum Zee, bekas atlet lompat tinggi kebangsaan yang pernah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Sebelum itu, acara perasmian dimulakan dengan perarakan lintas hormat kontinjen-kontinjen negeri dimulai oleh Sarawak, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Selangor, Terengganu, Wilayah Persekutuan, Johor, Brunei Darussalam dan Perak yang diketuai oleh Loo.
Sejurus kemudian, maskot Sukma Perak, seekor seladang yang diberi nama Chor, memasuki padang diikuti persembahan nyanyian lagu tema 'Wow! Kita The Greatest' hasil ciptaan komposer terkemuka Datuk Wah Abdul Hamid Idris, seterusnya persembahan pembukaan diberi nama Indera Sakti yang dijayakan oleh 700 peserta.
Kumpulan peserta itu menampilkan aneka tarian budaya masyarakat berbilang kaum Malaysia.
Kira-kira 40,000 orang menyaksikan acara pembukaan temasya dwi tahunan itu termasuk 25,000 daripadanya yang berada di dalam stadium, manakala selebihnya penonton di tiga skrin besar di luar stadium.
Sukma 2018 berlangsung dari 12 hingga 22 Sept, dengan menawarkan 427 pingat emas melibatkan 29 jenis sukan dan 39 venue di 12 daerah seluruh Perak.
Penganjuran Sukma 2018 adalah kali kedua bagi Perak selepas kali terakhir 24 tahun lepas. -- Bernama
Bernama
Tue Sep 11 2018

Sultan Nazrin berkenan meletakkan keris simbolik kuasa raja ke dalam kotak pelancaran ketika menyempurnakan perasmian Sukma 2018 di Stadium Perak, malam ini. - BERNAMA
PAC syor keperluan gabung MPN dengan badan pemikir lain
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan kerajaan melihat keperluan penggabungan atau kerjasama strategik antara Majlis Profesor Negara (MPN) dengan badan pemikir lain di negara ini seperti Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) serta agensi lain berkaitan.

Raja Salman luluskan pengedaran 1.2 juta naskhah al-Quran untuk Ramadan
Naskhah yang diedar disifatkan sebagai antara edisi terbaik dan dihasilkan dengan sangat teliti, mencerminkan dedikasi kepimpinan Arab Saudi.
MOTAC gantung lesen syarikat umrah Hejira Travel And Tours
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd kerana didapati melakukan pelanggaran terhadap Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
Pelanggaran polisi punca akaun TikTok media tempatan digantung
TikTok memaklumkan keputusan menggantung akaun milik media tempatan secara kekal, dibuat selepas semua agensi terbabit dikenal pasti melanggar polisi keselamatan berkaitan remaja di platform itu.

Sabah catat kunjungan 3.14 juta pelancong tahun lepas
Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 20.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Indonesia dan Apple meterai perjanjian, buka laluan untuk jualan iPhone 16
Menteri Perindustrian Agus Gumiwang Kartasasmita berkata perjanjian itu satu pencapaian penting selepas 5 bulan rundingan yang mencabar.
Sanusi mohon maaf kepada Amirudin, saman RM10 juta selesai
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu berhubung kes saman fitnah RM10 juta berkaitan kenyataan mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).
AWANI Tonight | 26 Feb 2025
AWANI Tonight with Hafiz Marzukhi
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years

SUKMA 2024: Wilayah Persekutuan dominasi ping pong
Wilayah Persekutuan membuktikan kuasa dominan dalam sukan ping pong apabila menamatkan saingan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 dengan meraih empat daripada keseluruhan enam pingat emas dipertandingkan.

Sarawak juara keseluruhan SUKMA 2024
Kejayaan ini merupakan kali keempat selepas muncul juara edisi 1990, 1992 dan 1994 dengan mengumpul keseluruhan 76 pingat emas, 55 perak dan 70 gangsa.

Larian baton SUKMA 2024 berakhir di Kuching
Larian itu sebelum ini melalui Limbang, Miri, Bintulu, Mukah, Sibu, Kapit, Sarikei, Betong, Sri Aman, Serian dan Samarahan.

Syarat penyertaan minimum SUKMA dikaji semula - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengkaji semula syarat penyertaan minimum bagi acara yang dipertandingkan di temasya Sukan Malaysia (SUKMA).

SUKMA: Sarawak hantar 1,000 atlet, tanding semua jenis sukan
Kontinjen tuan rumah, Sarawak akan menurunkan kira-kira 1,000 atlet untuk mengambil bahagian dalam kesemua 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21.

Sarawak dipilih secara rasmi tuan rumah Sukma 2024, giliran Kelantan 2028
Sarawak secara rasmi dipilih sebagai tuan rumah temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2024 sekali gus bakal menganjurkan temasya sukan terbesar negara itu buat kali ketiga.

Atlet bukan kelapa yang diperah santan, dibuang hampasnya - Penganalisis
Mengambil contoh selebriti, Mohd Sadek berkata, golongan itu dilihat lebih disanjung dan terbela berbanding ahli-ahli sukan.

Sukma sepatutnya sifar kes doping - Penganalisis sukan
Semua pihak terlibat perlu memandang serius perkara itu dan Sukma sepatutnya 'zero doping case'.

Sukma: Johor tunggu masa disahkan selaku juara keseluruhan
Kontinjen Johor kian hampir disahkan sebagai juara keseluruhan selepas unggul di tangga teratas kedudukan pingat dengan 69 emas, 39 perak dan 39 gangsa.

Jadikan Sukma ke-20 arena buktikan kejaguhan atlet - PM
Perdana Menteri berkata para atlet juga perlu menerapkan semangat untuk meneruskan rentetan kejayaan yang telah dilakar atlet negara di peringkat antarabangsa sebelum ini.