Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan sebanyak RM50 juta kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT).
Menurut laman Facebook rasmi pasukan JDT, JOHOR Southern Tigers, hari ini, Sultan Johor berkenan memberi kurniaan itu kerana baginda berasa gembira melihat sukan bola sepak memainkan peranan penting menyatupadukan Bangsa Johor serta mengharumkan nama Johor di persada dunia.
"Selain keprihatinan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, dalam pembangunan negeri Johor, amal kebajikan, zakat dan waqaf, serta yayasan-yayasan yang dinaungi, baginda berkenan mengurniakan sumbangan sebanyak RM50 juta kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim," menurut laman berkenaan.
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku pemilik kelab bola sepak JDT menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Sultan Johor atas kurniaan kepada JDT, menurut laman itu lagi.
Sebagai rekod, JDT meraih tiga piala kemenangan musim lepas selepas merangkul Piala Sultan Ahmad Shah, Piala Liga Super dan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Kejayaan cemerlang tersebut menyaksikan JDT membolot lapan daripada 17 anugerah pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015, pada Disember lepas, termasuk anugerah khas kejayaan mereka menjadi wakil pertama Malaysia muncul juara Piala AFC sejak diperkenalkan pada 2004.
Bernama
Sun Jan 10 2016

Sultan Johor berkenan memberi kurniaan itu kerana baginda berasa gembira melihat sukan bola sepak memainkan peranan penting menyatupadukan Bangsa Johor. - Gambar Fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Pertukaran, bayaran balik tiket Piala Sumbangsih bermula esok hingga Selasa
Pertukaran dan bayaran balik tiket perlawanan pembukaan Liga Super Malaysia dan Piala Sumbangsih antara JDT dan Selangor FC yang dibatalkan semalam boleh dibuat mulai esok hingga Selasa.

JDT perkenal jersi ketiga
Johor Darul Ta'zim (JDT) baru sahaja memperkenalkan jersi ketiga yang akan digunakan untuk musim 2024/25.

Pemain kelahiran Portugal, Francisco Geraldes sertai JDT
Johor Darul Ta'zim (JDT) mengumumkan Francisco Geraldes selaku pemain baharu mereka.

Forestieri sah tinggalkan JDT
Penyerang kelahiran Argentina Fernando Forestieri sah meninggalkan juara Liga Super 10 kali berturut-turut Johor Darul Ta'zim (JDT).

Hector Bidoglio bakal kembali kendali JDT?
Hector Bidoglio kini dikaitkan bakal kembali memimpin skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) susulan kelab tidak lagi bergandingan bersama Esteban Solari.

JDT sambut sedekad dominasi Liga Super secara besar-besaran
Johor Darul Ta'zim (JDT) meraikan sambutan sedekad dominasi Liga Super secara besar-besaran di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.

Esteban puas hati dengan prestasi JDT
Esteban Solari puas hati dengan prestasi semua pemainnya susulan kejayaan menewaskan pasukan Selangor FC 2-0 malam tadi.

Polis tambah pegawai dan anggota di Stadium Sultan Ibrahim esok
Polis akan menambah kekuatan pegawai dan anggotanya pada perlawanan bola sepak piala Liga Super Malaysia antara pasukan JDT dan Sabah FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam esok.

JDT-Mauricio berpisah selepas empat tahun
Kekosongan posisi yang ditinggalkan Mauricio dos Santos Nascimento menghangatkan lagi spekulasi muka baru yang bakal memperkuatkan JDT.

JDT fokus menang dalam baki perlawanan kumpulan 1 ACL
Benjamin Mora mahu anak buahya fokus untuk memperoleh kemenangan dalam kedua-dua baki perlawanan Kumpulan I ACL.