Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menarik diri pada saat akhir daripada beraksi dalam perlumbaan kuda lasak di Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) yang membuka tirai minggu depan.
Setiausaha Kehormat, Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo berkata Sultan Mizan mengambil keputusan itu demi kebaikan pasukan kerana kuda yang bakal ditunggangnya itu tidak berada dalam keadaan baik.
"Kami memuji baginda yang memikirkan kepentingan pasukan dan membiarkan rakan sepasukannya meneruskan perjuangan dengan kuda yang lebih baik," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat majlis eksekutif MOM, di sini hari ini.
Menurut Beng Choo, Sultan Mizan menjalani latihan dengan gigih setiap hari dan keputusan untuk menarik diri adalah sesuatu yang paling sukar diambil.
Sebelum ini, Sultan Mizan dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin disenaraikan untuk mengambil bahagian dalam acara kuda sempena KL2017 dari 19 hingga 30 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 12 2017

Menurut Beng Choo, Sultan Mizan (gambar) menjalani latihan dengan gigih setiap hari dan keputusan untuk menarik diri adalah sesuatu yang paling sukar diambil. - Gambar fail
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Doping: Wendy Ng mohon sidang video
Wendy sepatutnya menghadiri pendengaran kes doping itu di Switzerland tetapi memohon pertimbangan itu susulan perbelanjaan ke negara itu sangat tinggi.

11 atlet TUDM dinaikkan pangkat selepas rangkul emas pada Sukan Sea KL2017
Majlis Pemakaian Pangkat anggota itu disempurnakan sendiri oleh Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Jeneral Tan Sri Affendi Buang

SEAGF umumkan tiga nama atlet gagal ujian doping KL2017
Selain Wendy, dua atlet Thailand - Nurisan Loseng peserta acara Pencak Silat dan perenang Benjaporn Sriphanomthorn juga gagal dalam ujian "Sampel B' yang dilaksanakan baru-baru ini.

Empat dalang cuba serang penutup KL2017 didakwa
Semua mereka yang bekerja sebagai buruh binaan itu didakwa merupakan ahli kumpulan Abu Sayyaf dan menyembunyikan maklumat berkaitan kumpulan pengganas terbabit.

APG KL2017 ditutup penuh bangga, meriah
Kontinjen Indonesia dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan meraih 126 emas, 75 perak dan 50 gangsa.

Malaysia tepati sasaran naib juara walaupun gagal raih 103 emas
Pencapaian kali ini iaitu 90 emas, 85 perak dan 83 gangsa adalah lebih baik pada edisi 2015 di Singapura dengan Malaysia menduduki tangga ketiga keseluruhan.

Firdaus Zonis sedia sertai pasukan elit jika dipanggil
Muhamad Firdaus, 21, berkata setakat ini beliau akan menjalani latihan dengan atlet para.

APG - Olahraga: Enam pingat emas berjaya dituai
Siti Noor Radiah Ismail menghadiahkan emas pertama buat skuad olahraga selepas mengungguli acara lompat jauh wanita T20, sebelum Eddy Bernard dan Muhammad Afiq Mohamad Ali Hanafiah menambah dua lagi.

Perdana Menteri rasmi Sukan Para ASEAN KL2017
Selepas menyampaikan ucapan, Khairy menjemput Perdana Menteri untuk mengisytiharkan Sukan Para ASEAN (APG) ke-9 KL2017 dirasmikan.

Khairul Hafiz ingin segera pulih dari kecederaan
Raja Pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan ingin segera pulih daripada kecederaan dan kini memberi tumpuan penuh kepada proses pemulihan selepas temasya Sukan SEA KL2017.