Pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi yang beraksi bersama pasukan Petronas Sprinta Racing gagal berlepas ke Sepanyol pagi semalam, bagi menyertai Kejuaraan Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP) kerana sekatan kemasukan pelancong dikenakan Kesatuan Eropah.
Prinsipal pasukan Petronas Yamaha SRT, Datuk Razlan Razali berkata pelumba yang terkenal dengan jolokan Super KIP itu tidak dapat berlepas bagi menyertai kejuaraan di Litar Jerez pada 19 Julai, kerana Kesatuan Eropah hanya membenarkan pelancong dari 15 buah negara memasuki Eropah.
"Malang sekali Malaysia tidak disenaraikan, dan kebetulan pada hari sama (pengumuman dibuat), KIP sepatutnya berlepas, malangnya dia tidak dapat melakukannya," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Razlan berkata pihaknya kini meminta bantuan Dorna Sports, pemegang hak eksklusif komersial dan televisyen MotoGP, untuk bekerjasama dengan kerajaan Sepanyol supaya memberi pengecualian dan kebenaran kepada semua pelumba Malaysia yang beraksi dalam MotoGP memasuki negara terbabit.
"Kita sedang berusaha dengan pihak Dorna Sports dan insya Allah dalam masa sehari dua ini kita mungkin dapat surat kebenaran tersebut," katanya.
Khairul Idham kembali ke dalam saingan Moto3 musim ini selepas terpaksa melupakan keseluruhan aksinya dalam kategori Moto2 musim lalu susulan kecederaan di jari yang serius hingga perlu menjalani pembedahan.
Kejuaraan MotoGP musim ini ditangguhkan pada Mac, selepas perlumbaan di Qatar akibat penularan wabak COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 04 2020
Khairul Idham kembali ke dalam saingan Moto3 musim ini selepas terpaksa melupakan keseluruhan aksinya dalam kategori Moto2 musim lalu susulan kecederaan di jari yang serius hingga perlu menjalani pembedahan. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
'Palmeiras kelab bola sepak, bukan bahagian perubatan'
Neymar sedang bergelut dengan tahap kecergasannya selepas perpindahan berprofil tinggi ke kelab Liga Pro Saudi Al Hilal pada musim panas lalu.
Bicara kes cedera, khianat Norjuma bermula April dan Mei tahun hadapan
Pertuduhan itu mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Syed Saddiq cedera terlanggar dahan pokok tumbang ketika sertai Ironman Malaysia
Dipercayai kejadian berlaku semasa Syed Saddiq sedang melakukan disiplin berbasikal ketika hujan.
Ada kecederaan pada empat pelajar tahfiz, dipercayai melarikan diri - Polis
Rusdi berkata, tempoh kecederaan itu dipercayai berlaku semasa mereka berada di pusat tahfiz itu, namun perkara tersebut masih dalam siasatan.
Sembilan petugas perubatan cedera dalam serangan ke atas hospital Lubnan
Sembilan jururawat dan petugas kesihatan cedera pada Jumaat dalam serangan Israel ke atas kawasan hospital di selatan Lubnan.
Ee Wei cedera dalam kemalangan tak diduga di gim ABM
Pemain beregu campuran negara Toh Ee Wei dijangka terlepas aksi Terbuka Artic di Finland dari 8-13 Okt selepas kemalangan tak diduga di gimnasium Akademi Badminton Malaysia (ABM) Selasa lepas.
Angka korban di Gaza meningkat kepada 41,431, lebih 95,818 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat mencapai banyak mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan.
Korban Taufan Shanshan meningkat kepada enam, 125 cedera di Jepun
Angka korban Taufan Shanshan di Jepun meningkat kepada enam dan 125 cedera sementara seorang lagi hilang.
Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang
Mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh anggota EMRS dan dihantar ke hospital.
16 dirawat di hospital selepas kebakaran roda Ferris di Leipzig
Enam belas orang yang cedera selepas sebuah roda Ferris terbakar di sebuah festival di Leipzig telah menerima rawatan di hospital.