NEYMAR nyata dalam keraguan untuk menyertai Paris Saint-Germain (PSG) bagi aksi menentang Real Madrid dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah selepas pemain Brazil itu mengalami patah kaki.
Laporan awal sudah menunjukkan bahawa Neymar mengalami patah pergelangan kaki selepas pemain berusia 26 tahun itu diusung keluar meninggalkan padang sambil menitiskan air mata dalam kemenangan 3-0 PSG ke atas Marseille, awal pagi semalam.
Neymar mendarat buruk susulan cabaran daripada pemain Marseille, Bouna Sarr, yang datang menerjah pergelangan kaki kanannya.
Selepas insiden itu, Unai Emery, bersikap optimistik bahawa Neymar akan pulih -- terhadap kecederaan yang dianggapnya seperti terseliuh -- tepat pada masanya untuk menghadapi Madrid pada 7 Mac.
Tetapi PSG awal hari ini mengeluarkan satu kenyataan yang memberitahu kecederaan pergelangan kaki pemain Brazil itu, bersama dengan metatarsal retak, akan memberinya peluang tipis untuk beraksi menentang Madrid.
"Ujian yang dijalankan hari ini (ultrasound dan CT) mengesahkan anterior luar pergelangan kaki kanan terseliuh tetapi juga berkaitan dengan metatarsal kelima," kata PSG.
Neymar kelihatan menjadi sasaran Marseille sepanjang pertemuan Classique semalam, dengan pemain Brazil itu dikasari lapan kali, walaupun dia membuat bantuan gol untuk Edinson Cavani bagi jaringan ketiga PSG.
Pemain termahal dunia itu -- yang dikaitkan dengan Madrid sejak menyertai PSG dari Barcelona dalam perjanjian €222 juta (RM1 bilion) pada Ogos -- sudah diragui untuk menghadapi Marseille akibat virus.
Tetapi selepas kecergasannya pulih, Neymar mengalami kecederaan yang mungkin menghalangnya daripada bermain menentang Madrid, dengan hanya tinggal lapan hari untuk aksi timbal balik pusingan 16.
Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan, Sarr menafikan mahu mencederakan Neymar.
"Neymar? Saya nampak satu perkara, iaitu saya bermain bola," kata Sarr.
"Saya tidak pergi dengan niat untuk melakukannya. Ini bukan jenis permainan saya. Rupa-rupanya pergelangan kakinya terseliuh. Ia malang untuknya, tetapi ia adalah fakta permainan seperti yang lain."
Astro Arena
Tue Feb 27 2018
Neymar diangkat ke atas usungan oleh kakitangan perubatan selepas mengalami kecederaan ketika perlawanan antara Paris St Germain dan Olympique de Marseille di Paris, 25 Feb, 2018. REUTERS
Hamas puji serangan Iran ke atas Israel
Serangan Iran ke atas Israel itu sebagai membalas dendam kematian Ismail Haniyeh dan Hassan Nasrallah.
Pusat strategik wilayah diduduki disasar, 90 peratus misil kena sasaran - IRGC
Beberapa pangkalan tentera udara dan radar telah disasarkan dalam operasi berkenaan.
PBB kecam perluasan konflik di Asia Barat
Ketegangan yang berlaku akibat peningkatan demi peningkatan konflik perlu dihentikan segera dan gencatan senjata sangat diperlukan.
Konflik Asia Barat: AS hanya main wayang, negara serantau perlu lebih tegas
Komitmen untuk menuntut gencatan senjata harus diteruskan namun menangani kebiadaban Israel perlu disertakan dengan hukuman.
Iran guna peluru berpandu hipersonik ciptaan sendiri - Laporan
Peluru berpandu hipersonik Fattah 1 digunakan oleh Iran buat pertama kali semasa serang Israel pada Selasa.
Israel gesa sidang tergempar Majlis Keselamatan PBB susulan serangan Iran
Iran tidak lama lagi akan merasai akibat daripada tindakan mereka (dan) akibat itu akan menyakitkan mereka, kata Danny Danon.
Pakistan jadi pintu masuk Malaysia teroka pasaran Asia Tengah
Malaysia perlu meneroka peluang untuk menjadikan Pakistan sebagai pintu masuk ke pasaran Asia Tengah terutama membabitkan Kyrgyzstan, Tajikistan, Kazakhstan, Uzbekistan dan Turkmenistan.
Pakistan naik taraf lawatan kerja PM Anwar kepada Lawatan Negara
Kerajaan Pakistan menaik taraf status lawatan kerja Perdana Menteri Anwar kepada Lawatan Negara, menandakan persahabatan yang akrab antara kedua-dua negara.
[LAPOR LANGSUNG] Iran lepaskan ratusan peluru berpandu balistik ke Israel
Iran melepaskan peluru berpandu balistik ke arah Israel pada Selasa sebagai tindak balas terhadap serangan zionis terhadap Hezbollah.
Amerika, Israel bincang tindak balas ke atas Iran
Iran sudah pasti akan berhadapan dengan akibat selepas lancar peluru berpandu ke atas Israel, dakwa Amerika.
Neymar retak metatarsal kelima
Laporan awal sudah menunjukkan bahawa Neymar mengalami patah pergelangan kaki selepas pemain berusia 26 tahun itu diusung keluar meninggalkan padang sambil menitiskan air mata.
Sarr nafi berniat cederakan Neymar
Bagaimanapun, dengan pengurus PSG, Unai Emery, sudahpun menggunakan ketiga-tiga pemain simpanan, Neymar pula dilanda kecederaan ketika menuju tamat permainan di Parc des Princes.