Pasukan benua Malaysia, Team Sapura Cycling (TSC) mencipta sejarah tersendiri, selepas menjadi pasukan tempatan pertama muncul juara keseluruhan pada edisi ke-25 perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020, yang melabuhkan tirainya di sini, pada Jumaat.
Pelumba pasukan berkenaan, Danilo Celano dari Itali, memenangi jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan, yang dipertahankan sejak Peringkat Keempat di Genting Highlands, pada 10 Feb lepas dengan catatan masa keseluruhan lapan peringkat, iaitu 26 jam 39 minit 58 saat.
Pelumba negara, Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff turut mencipta sejarah, selepas menjadi pelumba pertama Malaysia memenangi Jersi Merah atau Raja Bukit, sejak edisi pertama LTdL pada 1996 selepas mengumpulkan 34 mata.
Lebih bermakna, pasukan berkenaan turut mengungguli kategori pasukan terbaik, selepas mengumpul masa keseluruhan lapan peringkat 80 jam 02 minit 45 saat.
Pada Peringkat Kelapan sejauh 108.5km mengelilingi Pulau Langkawi dari Dataran Lang ke pekan Kuah pada Jumaat, Celano dan Muhamad Nur Aiman, masing-masing menduduki tempat ke-43 dan ke-63 daripada 107 pelumba, setelah masing-masing melakar catatan masa 2 jam 29 minit 08 saat dan 2:29.20 saat.
BACA: Dr Mahathir mahu lihat pelumba basikal negara bersaing pada Tour de France
Perlumbaan peringkat akhir pada Jumaat menyaksikan pelumba Jerman, Maximilian Richard Walscheid dari pasukan NTT Pro Cycling Team muncul juara, disusuli pelumba Itali, Luca Pacioni (Androni Giocattoli-Sidermec) dan pelumba pasukan Ara Pro Racing Sunshine Coast, Taj Jones dari Australia, menduduki tempat kedua dan ketiga.
Komisar perlumbaan memberikan masa yang sama iaitu, 2 jam 29 minit 08 saat kepada 10 pelumba teratas, setelah menamatkan perlumbaan secara berkelompok.
VIDEO: Hari gemilang TSC kuasai dua jersi utama
Pengurus TSC, Ahmad Sayuti Mohd Zahit yang ditemui pemberita selepas perlumbaan pada Jumaat menyatakan perasaan gembiranya dengan kejayaan bermakna berkenaan, sambil berterima kasih kepada penaja utama, Sapura serta barisan krew yang bekerja keras, bagi memastikan pasukan berkenaan dapat mempertahankan jersi kuning yang dimenangi bekas pelumba mereka, Benjamin Dyball dari Australia pada musim lepas.
Ahmad Sayuti pada masa sama, turut mendedahkan prestasi cemerlang yang dipamerkan barisan pelumba Sapura adalah hasil latihan intensif, yang diadakan di luar negara sebelum bermulanya saingan LTdL pada 6 Feb lepas.
"Saya merasakan kejayaan kedua kali ini adalah luar biasa, kerana kita menang Jersi Merah dan Jersi Kuning, selain gelaran pasukan terbaik, dan saya cukup berpuashati.
"Sasaran asal kita berjaya dicapai, iaitu mempertahankan Jersi Kuning, selain dua kemenangan podium tempat ketiga. Namun saya akui saingan tahun ini lebih mencabar kerana laluan perlumbaan agak sukar, terutamanya zon pendakian di Pulau Pinang pada Peringkat Keenam, dua hari lepas, selain kehadiran satu pasukan Jelajah Dunia (World Team) dan enam pasukan profesional benua (proteams)," jelas Ahmad Sayuti yang merupakan bekas pelumba kebangsaan.
Sementara itu, Celano gembira atas kejayaan memenangi Jersi Kuning atau Juara Keseluruhan, walaupun di demam, sejak dua hari lepas dan berterima kasih dengan rakan sepasukan atas kejayaan hebat dalam perlumbaan terulung di Asia.
"Saya gembira untuk mengekalkan Jersi Kuning dan memenanginya bukanlah sesuatu yang mudah kerana saingan hebat daripada pelumba lain. Pasukan kami telah lalui persediaan sebelum menyertai perlumbaan ini dan saya gembira dengan kemenangan ini," kata pelumba berusia 30 tahun dari Itali itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 14 2020

Dr Mahathir bergambar bersama penyandang jersi sama bagi peringkat terakhir LTdL 2020 mengelilingi Langkawi pada majlis di Pekan Kuah, 14 Feb, 2020. (Depan dari dua, kiri) Nur Aiman, Celano, Walscheid dan Yevgeniy Fedorov. --fotoBERNAMA

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

UCI setuju Pusat Kecemerlangan BMX Asia di Malaysia, Johor jadi pilihan PKBM
Amarjit berkata, perancangan penubuhan pusat serantau itu di Johor sudah dibincangkan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif UCI dua minggu lepas.

Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus mara ke suku akhir acara keirin
Shah Firdaus Sahrom, berjaya mara ke suku akhir acara keirin di Sukan Olimpik Paris 2024 dalam perlumbaan di Velodrom Nasional Perancis sebentar tadi.

Misi Haji 2024: Kayuhan suci ke Haramain dari Kuala Lumpur
Perjalanan 12,000 kilometer mereka melalui jalan darat memakan masa tujuh bulan merentasi tujuh negara.

Ramsay tunjuk lebam pada badan, ingatkan untuk pakai topi keledar ketika berbasikal
Jika tidak memakai topi keledar, Gordon Ramsay merasakan kemalangan itu mungkin meragut nyawanya.

Malaysia rangkul perak pecut berpasukan lelaki, wanita
Skuad negara merangkul perak acara pecut berpasukan lelaki dan wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 di New Delhi.

Anggota bomba, pengawal keselamatan maut nahas jalan raya
Kemalangan itu melibatkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang anggota bomba terbabit dan basikal.

LTdL 2023: Skuad kebangsaan intai jersi putih
Skuad berbasikal kebangsaan menyasarkan untuk menyambar jersi putih (pelumba terbaik Asia) pada perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, bermula Sabtu ini.

China ada 200 juta basikal untuk kegunaan setiap hari - Persatuan basikal
Penduduk bandar Cina menunggang basikal atau kenderaan dua roda berkuasa elektrik sekitar 30 daripada 100 kali perjalanan mereka.

Kanak-kanak 8 tahun maut dilanggar MPV
Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa yang menaiki basikal dipercayai secara tiba-tiba melintas dari kiri ke kanan jalan.

Sukan SEA: Malaysia pertahan emas berbasikal lebuh raya
Pelumba negara Nur Amirull Fakhruddin Mazuki meneruskan rentak cemerlang apabila merangkul pingat emas acara lepas beramai-ramai elit lelaki pada Sukan SEA 2023.