Setelah dua peringkat berlangsung, perlumbaan peringkat ketiga PETRONAS Le Tour De Langkawi (LTDL) 2020 menyaksikan kehadiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir yang tiba pada pukul 3.30 petang turut meluangkan masa melihat sendiri aksi penamat kesemua 122 peserta dari 21 buah negara yang mengambil bahagian.
Beliau turut menyarungkan jersi kuning (pendahulu keseluruhan) kepada pelumba Vino Astana Motor, Yevgeniy Fedorov.
Federov sebelum ini berjaya mendahului perlumbaan peringkat pertama yang berlangsung di Kuching, Sarawak pada 7 Januari lalu.
Terdahulu pelumba dari Jerman, Max Walscheid mengungguli perlumbaan peringkat ketiga itu bermula dari Temerloh dan berakhir di ibu negara pada Ahad.
Pelumba pasukan NTT Pro Cycling Team itu berjaya mencatatkan masa tiga jam 51 minit 42 saat meninggalkan Riccardo Minali dari pasukan Nippo Delko Provence yang hanya meraih tempat kedua.
Manakala pasukan Team Sapura Cycling berjaya melengkapkan pentas podium selepas pelumba terbaik Turki, Ahmet Orken mendapat tempat ketiga dalam perlumbaan sejauh 162.5 kilometer itu.
Bagi pelumba Malaysia, Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff dari Team Sapura Cycling yang sebelum ini terlibat dengan insiden di Terengganu berjaya menyarung jersi merah (Raja Bukit) selepas menguasai dua daripada tiga zon pendakian.
Perlumbaan peringkat keempat esok, menjadi antara tumpuan pelumba bermula dari Putrajaya dan berakhir di Genting Highlands.
Fareez Azman
Sun Feb 09 2020

Dr Mahathir menyarungkan jersi kuning (pendahulu keseluruhan) kepada pelumba Vino Astana Motor, Yevgeniy Fedorov. - Gambar Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Amarjit dipilih presiden ACC, lakar sejarah unik dalam keluarga
Amarjit menewaskan Presiden Majlis Olimpik Indonesia Raja Sapta Oktohari dengan keputusan 24-17 undian.

Lelaki China sanggup berbasikal tujuh bulan jumpa Cristiano Ronaldo
Seorang pemuda sanggup berbasikal dari China ke Arab Saudi untuk bertemu bintang bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo.

Ibu label jurulatih rasis, Joo Ngan tampil beri penjelasan
Nor Azila meluahkan rasa kecewa dengan layanan yang diberikan jurulatih tersebut umpama wujudnya layanan 'anak tiri' terhadap anak mereka.

Orang ramai nikmati hari Ahad bebas kereta yang kembali hari ini di Singapura
Orang ramai mengambil peluang memenuhi jalan di kawasan yang ditetapkan termasuk Jalan St Andrew dan Esplanade Drive dengan pelbagai kaedah.

Piala Negara-Negara 2024: Semua pelumba trek negara terkeluar awal
Kesemua atlet berbasikal trek negara gagal layakkan diri ke suku akhir pada hari kedua Trek Piala Negara-negara UCI 2024, di Hong Kong.

WOW bantu penunggang basikal wanita bina jaringan sosial
Program Women on Wheels menyasarkan pembentukan jaringan sosial bagi membolehkan mereka meneruskan kegiatan tersebut pada masa luang.

Mike tawan OCBC Cycle KL 2024
Tampil buat kali pertama pada perlumbaan itu, Yong Wong atau mesra disapa Mike mencatat catatan masa keseluruhan 59 minit 36 saat.

TSG yakin mampu pertahan gelaran terbaik Asia
TSG yang berpangkalan di Kuala Terengganu turut optimis mampu melakar sejarah sebagai pasukan terbaik benua.

Ronaldo tunai janji berbasikal 500km selepas Real Valladolid naik liga
Pucelanos akan beraksi dalam saingan liga tertinggi Sepanyol berkenaan selepas menamatkan saingan Segunda di tangga kedua.

Pahang laksana 'Kuantan Car Free - Green Hour' setiap bulan
Program itu melibatkan penutupan jalan selama dua hingga tiga jam bagi membolehkan aktiviti riadah berlangsung.