INSIDEN rusuhan pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 malam tadi mengundang cemas kalangan penyokong pasukan Harimau Malaya.
Bagi Ultras Malaya Firoz Khair, 28, situasi tegang di Stadium Gelora Bung Karno pada aksi sulung pusingan kedua perlawanan bermula sedari awal sebelum detik masuk ke stadium.
Menurutnya, kehadiran penyokong pasukan negara memasuki stadium disambut dengan 'hujan batu' yang dilontar penyokong tuan rumah.
Malah, kata Firoz, keadaan menjadi semakin tegang pada akhir perlawanan apabila penyokong tuan rumah bertindak lebih agresif dengan membaling botol, suar, dan juga besi kepada penyokong Malaysia gara-gara kemenangan pasukan Harimau Malaya.
"Keadaan cemas berlaku selepas perlawanan dihentikan seketika sehinggalah ke wisel penamat.
"Kami cuba evacuate semua penyokong masuk ke dalam, tetapi barang banyak berterbangan jadi kami turun ke bawah.
"Kami cuba menyelamatkan diri masuk ke dalam conference room selepas perlawanan berakhir.
"Bila semua berkerumun masuk ke dalam conference room, ia mengakibatkan kesesakan dan ambil masa sehingga 15 minit untuk berada di bilik itu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Situasi itu bagaimanapun berjaya dikawal susulan tindakan pantas pihak polis dan tentera Indonesia.
"Semua penyokong kebanyakannya selamat, tidak ada apa-apa berlaku selepas keluar stadium jam 1 pagi waktu Indonesia.
"Kami terus ke Lapangan Terbang dan diiringi polis Indonesia setengah jam kemudian.
"Polis masih berkawal sekeliling kami. Ada penyokong yang dah balik pagi tadi (Jumaat), ada juga yang masih berada di Jakarta," katanya lagi.
Mengenai dakwaan kehilangan enam rakan mereka seperti yang tular di sosial media, jelas Firoz, kesemua mereka tidak hilang, sebaliknya diselamatkan oleh polis.
"Info mengatakan hilang enam orang itu tidak ada apa berlaku cuma terpisah dalam stadium sebab ditarik polis Indonesia.
"Polis banyak membantu kami juga dalam pastikan keselamatan terjamin," ujarnya sambil berterima kasih kepada pihak berkuasa Indonesia.
Kejadian pada malam Khamis itu menjadi tular menerusi beberapa video di laman sosial, antara lain menunjukkan penyokong Malaysia terpaksa menyelamatkan diri ke dalam bangunan stadium selepas dihujani lontaran batu, besi, dan suar oleh penyokong tuan rumah.
Fareez Azman
Fri Sep 06 2019

Keadaan cemas ketika penyokong Malaysia dihujani botol dan batu di Stadium Utama Gelora Bung Karno pada Khamis.

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Ultras Malaya kongsi detik cemas diserang penyokong Indonesia
Situasi tegang di Stadium Gelora Bung Karno pada aksi sulung pusingan kedua perlawanan bermula sedari awal sebelum detik masuk ke stadium.