Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mengatur dan mengolah semula dunia bola sepak tanah air daripada peringkat akar umbi agar mampu kembali bersaing dan menjadi nama tersohor di dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata antara faktor perlu diberi perhatian adalah pandangan sesetengah ibu bapa yang mungkin tidak melihat kerjaya sebagai pemain bola sepak mempunyai masa depan, dan tanggapan itu perlu ditukar.
"Kita juga perlu menyediakan platform untuk firma-firma korporat turut melihat nilai dan pulangan dalam menaja bola sepak di Malaysia, sama ada pemain kita, kelab dan skuad kebangsaan di setiap peringkat umur, sebagaimana pelabur dan firma korporat gergasi antarabangsa yang menaja kelab-kelab besar di Eropah.
"Tajaan amat penting dalam memastikan kelestarian dan pembangunan bakat serta masa depan sukan," katanya dalam catatan terbaharu di blog NajibRazak.com malam tadi, bertajuk 'Harimau Malaya akan bangkit semula'.
Untuk rekod, pasukan bola sepak negara tewas di tangan Hong Kong 0-2 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019, pada Selasa.
Najib berkata sistem pencarian bakat di peringkat akar umbi juga perlu diperkuatkan agar dapat mencungkil bakat-bakat terpendam untuk masa hadapan.
"Kita perlu membangunkan malah memberi nafas baharu kepada industri bola sepak secara keseluruhannya, sesuatu yang tidak boleh dicapai oleh kerajaan atau badan induk semata-mata, tetapi perlu juga mendapat input, sokongan dan kerjasama daripada peminat, badan korporat, pelabur, kepakaran daripada institusi sains sukan dan perubatan, akademi bola sepak awam dan swasta serta pihak-pihak berkaitan lain.
"Dalam erti kata lain, kita memerlukan anjakan paradigma, atau "mentality shift" dalam kalangan penggiat sukan bola sepak tanah air. Kesemua ini mengambil masa, kita tidak akan mampu mencapai perubahan dalam masa yang singkat," katanya.
Mengambil contoh pasukan bola sepak kegemaran beliau, Manchester United, Najib berkata pasukan itu mengambil masa tujuh tahun selepas pelantikan Sir Alex Ferguson untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan 13 tahun sebelum memenangi Liga Juara-juara di peringkat kelab, malah di peringkat kebangsaan mengambil masa yang lebih lama.
"Kita perlu beri ruang dan masa kepada mereka yang bertanggungjawab untuk membina semula sukan bola sepak negara, dan saya yakin penambahbaikan dan usaha yang sedang dilakukan FAM di bawah kendalian DYAM Tunku Mahkota Johor mampu membuahkan hasil," katanya.
Menurutnya, meskipun berbangga dengan kemenangan di Piala Suzuki 2010 dan pingat emas Sukan SEA 2011, perlu diakui bahawa sejak kebelakangan ini, prestasi pasukan negara agak suram dan tidak begitu konsisten.
Pada masa sama, Najib menyeru kesemua pihak yang terlibat sama ada Kementerian Belia dan Sukan, akademi bola sepak awam mahupun swasta, badan korporat serta peminat untuk terus bekerja bersama-sama bagi mencapai matlamat dan impian sama dalam bola sepak.
"Kepada pemain kebangsaan, teruskan berusaha dan cuba lagi. Kegagalan sekali tidak bermakna gagal selamanya. Begitu juga dengan para pemain di sekolah, akademi, akar umbi, teruskan berusaha dan sasarkan kejayaan. Saya dan semua rakyat Malaysia akan terus menyokong.
"Bola sepak memerlukan sokongan dan usaha bersama daripada kita semua untuk membawanya kembali ke persada, barulah Harimau Malaya akan bangkit semula!," kata Najib.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 12 2017

NAJIB: Kita perlu membangunkan malah memberi nafas baharu kepada industri bola sepak secara keseluruhannya. - Gambar fail

Taklimat Harian PMO: PM arah segerakan usaha pemulihan bekalan beras putih tempatan
Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menyegerakan usaha itu.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.24 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.0 mata kepada 1,578.70 daripada 1,574.70 pada Jumaat lepas.
Program perumahan mampu milik di Kelantan: 3,268 unit siap, 2 lagi projek menyusul
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu memberitahu Dewan Rakyat sehingga 31 Disember 2024, pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) ataupun Program Residensi Rakyat (PRR) di Kelantan melibatkan lapan buah projek telah diluluskan dengan 3,574 unit rumah.
Jelasnya daripada jumlah itu enam projek telah siap dibina, melibatkan 3,268 unit rumah. Manakala dua lagi projek masing-masing dalam pembinaan dan masih dalam peringkat perbincangan.
Jelasnya daripada jumlah itu enam projek telah siap dibina, melibatkan 3,268 unit rumah. Manakala dua lagi projek masing-masing dalam pembinaan dan masih dalam peringkat perbincangan.

5 faktor penting untuk menjamin dana persaraan mencukupi
Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira bagi memastikan dana persaraan mencukupi.

Taklimat Harian PMO bukan pengganti jurucakap kerajaan MADANI - Tunku Nashrul
Taklimat Harian PMO sebaliknya, menjadi pelengkap dan memperkukuh struktur komunikasi kerajaan.
Taklimat Harian PMO bukan pengganti kepada jurucakap kerajaan
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri bukan pengganti kepada sidang media jurucakap Kerajaan Perpaduan oleh YB Fahmi Fadzil. #AWANInews

Kerajaan komited teruskan agenda reformasi institusi - PM Anwar
Kerajaan komited untuk meneruskan agenda reformasi institusi dengan melaksanakan perubahan, bagi menjamin ketelusan dan kecekapan, kata Perdana Menteri.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4595/4650 berbanding dolar AS daripada 4.4600/4650 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Johor ambil tindakan batal lesen jika sewa tapak pada warga asing - Exco
Kerajaan Johor tidak mengeluarkan lesen bazar Ramadan dan Aidilfitri kepada warga asing, jika ada 'sewa atas sewa' (kepada warga asing), lesen itu akan dibatalkan segera.

Terminal feri Puteri Harbour bakal sedia perjalanan ke Singapura, pacu pertumbuhan di Iskandar Puteri
UEM Sunrise Berhad tidak menolak kemungkinan bersedia bagi menawarkan perjalanan menerusi laluan air ke Singapura dari Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour dalam masa terdekat.

Manchester City kekal kedudukan teratas sebagai pasukan paling berharga di dunia
Manchester City mendahului dengan nilai pasaran EUR1.30 bilion, diikuti oleh Real Madrid (EUR1.23 bilion), Arsenal (EUR1.15 bilion), Barcelona (EUR1.01 bilion) dan Liverpool (EUR967.50 juta).

Kelab bola sepak terkemuka Eropah, pemain rai bulan suci Ramadan
Kelab bola sepak dan pemain terkemuka di seluruh Eropah berkongsi mesej sokongan dan sambutan sempena Ramadan di media sosial masing-masing.

RS Berkane sambut baik keputusan CAS sahkan kemenangan separuh akhir Piala Konfederasi CAF
RS Berkane memaklumkan menerima keputusan CAS yang menolak rayuan USM Algiers untuk membatalkan keputusan kedua-dua perlawanan separuh akhir.

Adam Adli gesa mangsa penipuan aktiviti sukan buat laporan polis
Timbalan Menteri Belia dan Sukan saran mangsa penipuan melibatkan aktiviti sukan buat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil.

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

JDT sahkan kejuaraan Liga Super kali ke-11 berturut-turut
Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut ketika saingan musim 2024/ 2025 berbaki empat perlawanan selepas menumpaskan Perak FC 2-0.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

ADUN Ayer Kuning meninggal dunia selepas bermain bola sepak
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, petang tadi.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.