Kesungguhan pengurusan baharu Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) dalam menyelesaikan isu gaji seharusnya dicontohi pasukan lain dalam memartabatkan lagi industri bola sepak negara.
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam dalam satu kenyataan, memuji inisiatif yang dilaksanakan oleh pengurusan baharu PFA yang diketuai presidennya, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie bagi menyelesaikan isu tunggakan gaji yang membelenggu skuad Singa Utara sejak musim 2016.
"Bagi pihak FAM, usaha dan kesungguhan pengurusan baharu PFA ini wajar dipuji kerana ia secara langsung dapat mengelak daripada sebuah lagi pasukan/kelab terkubur atau terpaksa ditutup ekoran tiada pihak yang mahu tampil menyelamatkan masalah kewangan yang dihadapi sebelum ini," jelas Stuart.
Mengulas lanjut, beliau memaklumkan perbincangan antara FAM, PFA dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang berlangsung semalam telah mencapai persetujuan dengan PFA akan cuba menyelesaikan perkara berkenaan dalam tempoh masa 60 hari yang telah ditetapkan.
Sekiranya gagal, PFA tidak akan menerima wang agihan dana daripada FAM dan MFL bagi musim 2019 dan wang berkenaan akan digunakan untuk menyelesaikan tunggakan gaji tersebut.
MFL dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan Perlis dibenarkan beraksi dalam Liga Premier 2019, namun PFA perlu menyelesaikan masalah tunggakan gaji sedia ada.
Dalam perkembangan sama, Stuart memaklumkan FAM sedang meneliti mekanisme terbaik bagi membantu nasib pemain-pemain daripada beberapa pasukan yang tidak lagi berada dalam sistem bola sepak Liga Malaysia untuk mendapatkan semula gaji mereka.
Beberapa pasukan sebelum ini mengambil keputusan menarik diri daripada saingan Liga Malaysia seperti Kuantan FA, Marcerra United, Terengganu City FC, Hanelang FC dan kesemua pasukan berkenaan dilaporkan masih gagal menyelesaikan tunggakan gaji dengan bekas pemain mereka walaupun telah diberi amaran oleh FAM untuk menyelesaikan perkara berkenaan.
"FAM akan cuba berbincang secara terus dengan pihak tertinggi persatuan bola sepak negeri di mana kelab-kelab ini bergabung serta bertemu individu penting dalam kelab-kelab berkenaan bagi menyelesaikan juga masalah ini," tegas Stuart. -- Bernama
Bernama
Fri Dec 28 2018
Kesungguhan pengurusan baharu PFA dalam menyelesaikan isu gaji seharusnya dicontohi pasukan lain.
Pencarum PERKESO tidak perlu bayar rawatan di klinik panel mulai tahun ini
Pencarum PERKESO kini boleh mendapatkan rawatan di 1,400 klinik panel tanpa bayaran untuk kes kemalangan pekerjaan dan penyakit khidmat mulai tahun ini.
“Saya tidak pernah tinggal Pahang, my heart is always here..” - Sultan Pahang
Demikian titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika ditanya dalam temubual eksklusif bersama Astro AWANI berkaitan perancangan baginda tentang pembangunan negeri itu.
Jangan bertelagah kerana sebab-sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.
Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, selain produk pelancongan sedia ada, kerajaan negeri juga sedang berusaha untuk mempromosikan pantai-pantai ikonik di negeri itu.
67 pelatih PLKN 3.0 siri pertama jalani latihan menembak senjata ringan
Mereka yang terdiri daripada 40 lelaki dan 24 perempuan ini memulakan sesi latihan pada 9 pagi dengan pantauan jurulatih dari TDM dan TUDM.
Sambutan perayaan sebagai tarikan pelancongan ke Pahang - Al-Sultan Abdullah
Dalam temubual eksklusif bersama Astro AWANI, baginda menyifatkan sambutan tersebut sebagai satu pembaharuan di Kuantan dan mahu menjadikkannya sebagai satu lagi produk tarikan pelancongan sempena musim perayaan.
Sarawak berhasrat bangunkan model AI sendiri - Abang Johari
Abang Johari berkata platform AI yang dibangunkan sendiri juga akan membantu mempromosikan biodiversiti Sarawak.
Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak menurun pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Sarawak menunjukkan penurunan setakat pagi ini.
'Saya tidak pernah tinggal Pahang, my heart is always here' - Sultan Pahang
Baginda turut menzahirkan perancangan untuk mengadakan kembara atau 'roadshow' di negeri itu pada bulan April nanti.
Piala FA: Harry Maguire wira kemenangan dramatik Manchester United
Maguire menjaringkan gol kontroversi melalui tandukannya dalam waktu kecederaan.
FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.
Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.
Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.
Paul Pogba beri bayangan bakal kembali ke pangkuan Man Utd?
Terdahulu, Pogba mencapai kata sepakat bersama Juventus untuk menamatkan kontraknya lebih awal atas persetujuan bersama.
Neymar pulang ke Brazil, secara rasmi tamatkan kontrak Al-Hilal
Neymar juga hanya merekodkan dua penampilan dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), musim ini.
Hai-O bakal dilantik sebagai penolong Peter Cklamovski?
Kembalinya semula Hai-O ke FAM dianggap sebagai 'pejuang' pemain tempatan dalam skuad kebangsaan nanti.
Peroleh satu mata petanda positif kebangkitan semula Penang FC - Jurulatih
Satu mata cukup bermakna dikutip Penang FC dalam perlawanan penuh dramatik menentang pasukan di tangga kedua liga Selangor FC di Stadium Bandaraya, malam tadi.
Kapten Manchester City, Kyle Walker sertai Milan secara pinjaman
Nilai perpindahan Walker dianggarkan sekitar 4.2 juta pound (RM24.8 juta).
Prinsip pintu terbuka Cklamovski penting tetapi pemilihan pemain harus teliti - Pakar
Prinsip pintu terbuka Ketua Jurulatih Kebangsaan Peter Cklamovski yang memberi peluang sama rata kepada semua pemain mencerminkan visi progresifnya.
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.