Malaysia berjaya mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki selepas mengikat Thailand 2-2 dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Rajamangala, Bangkok pada Rabu malam.
Dalam babak pertama aksi perlawanan tersebut, Thailand mendahului permainan menerusi tandukan Thitipan Puangchan pada minit ke-20 yang terkena pemain gantian, Muhammad Irfan Zakaria.
Namun pada minit ke-28, Muhammad Syahmi Safari berjaya menyamakan kedudukan menjadikan keputusan pada separuh masa pertama, 1-1.
Beberapa minit pada separuh masa kedua, Thailand sekali lagi mendahului perlawanan menerusi tandukan Pansa Hemviboon pada minit ke-63.
Bagaimanapun, kedudukan itu berjaya dipecahkan menerusi jaringan penyerang Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-71 sekaligus menjadikan keputusan 2-2.
Pada saat akhir perlawanan, Malaysia melalui detik cemas kerana terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Muhammad Syahmi dilayangkan kad merah oleh pengadil apabila tangannya terkena bola di dalam kotak penalti.
Pasukan Thailand pula diberikan sepakan penalti, namun nasib menyebelahi skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu apabila sepakan yang diambil Adisak Kraisorn melewati palang gol, sekaligus mengekalkan keputusan, 2-2.
Keputusan seri itu sudah mencukupi untuk Malaysia layak ke final menerusi peraturan 'away goal' atau gol di tempat lawan.
Malaysia bakal bertemu sama ada Vietnam ataupun Filipina di final nanti, namun ia bergantung pada siapa yang menang dalam aksi timbal balik perlawanan separuh akhir pada Khamis.
Haider Yutim
Wed Dec 05 2018

Malaysia berjaya mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki selepas berjaya mengikat Thailand 2-2. - Foto Twitter @FAM_Malaysia
Sehingga RP5 RMKe-12, 73 projek dalam pelaksanaan - Fadillah
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof memberitahu Parlimen, sehingga Rolling Plan 5 (RP5) RMKe-12 sebanyak 136 projek tebatan banjir telah diluluskan dengan kos RM22.8 bilion serta 35 projek sedang dalam pra-pelaksanaan.
Jelasnya, kerajaan telah menilai semula projek tebatan banjir selepas 2022 untuk memberi keutamaan kepada kawasan-kawasan kritikal berdasarkan proses pentadbiran dan peruntukan kontrak yang bersesuaian.
Jelasnya, kerajaan telah menilai semula projek tebatan banjir selepas 2022 untuk memberi keutamaan kepada kawasan-kawasan kritikal berdasarkan proses pentadbiran dan peruntukan kontrak yang bersesuaian.
Pihak negeri, PBT perlu utamakan pencegahan banjir - Fadillah
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof memberitahu Parlimen, Kerajaan memerlukan kerjasama dengan Kerajaan negeri dalam pelaksanaan projek tebatan banjir terutamanya berkaitan pengambilan tanah dan pengalihan utiliti.
Jelasnya, pencegahan di peringkat negeri dan PBT perlu diberi perhatian serta pembangunan mesti mengikut garis panduan bagi mengurangkan risiko banjir dan tanah runtuh.
Jelasnya, pencegahan di peringkat negeri dan PBT perlu diberi perhatian serta pembangunan mesti mengikut garis panduan bagi mengurangkan risiko banjir dan tanah runtuh.

Keselamatan perairan Selat Melaka terkawal - APMM
APMM tidak menerima sebarang laporan berkaitan insiden ancaman di Pantai Remis, Perak seperti didakwa dalam beberapa laporan media semalam.

Kes tipu umrah: Pegawai kementerian sudah berkunjung ke pejabat Hejira - Timbalan Menteri MOTAC
Kertas siasatan kes penipuan umrah melibatkan syarikat Hejira Travel & Tours Sdn Bhd telah lengkap.

Pegawai imigresen KLIA 'ditangkap' selit 12 pasport di pinggang
JIM menemui 12 keping pasport asing pada badan seorang pegawai JIM di Pejabat Operasi Terminal 2 KLIA pada 1 Januari lalu.

UCL: Hatrik Mbappe buat Manchester City berputih mata
Dengan jaringan hatrik daripada penyerang itu, Madrid meneruskan kemaraan dengan agregat 6-3.
TVET Pertanian tidak pernah dipinggirkan - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Parlimen, Majlis TVET Negara akan memberi tumpuan kepada TVET berkaitan pertanian dan bukan pertanian.
Majlis TVET Negara akan menyantuni dan memberi tumpuan kepada juruteknik dan jurutera berkaitan pertanian.
Majlis TVET Negara akan menyantuni dan memberi tumpuan kepada juruteknik dan jurutera berkaitan pertanian.
TVET beri peluang kedua - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Parlimen TVET boleh memberi peluang kedua kepada pelajar-pelajar yang tidak hadir peperiksaan SPM.
Namun demikian, dengan ekosistem pendidikan yang baharu TVET sepatutnya menjadi pilihan pertama kepada para pelajar.
Namun demikian, dengan ekosistem pendidikan yang baharu TVET sepatutnya menjadi pilihan pertama kepada para pelajar.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Bolehkah bezakan antara realiti dan deepfake?
Peningkatan kes tipu melibatkan pemalsuan suara, wajah dan identiti digital semakin membimbangkan dengan taktik jenayah siber yang semakin canggih.