PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger, enggan tunduk kepada permintaan gaji Alexis Sanchez dengan berkata dia enggan meletakkan kelab itu dalam 'situasi sukar' dalam percubaan mengekalkan pemain bintangnya.
Kontrak Sanchez bakal berakhir hujung musim depan dan namanya telah dikaitkan dengan beberapa kelab gergasi Eropah -- termasuk satu daripada Liga Super China -- yang dilaporkan berminat dengan khidmat pemain antarabangsa Chile itu.
Wenger menyedari tindakan menaikkan gaji pemain itu mampu mengganggu kestabilan skuad, lantas berasakan Arsenal perlu mengambil pendekatan berhati-hati.
"Kami perlu mengambil kira kedudukan kewangan dalam menstabilkan pembayaran gaji keseluruhan skuad," ujar Wenger.
"Saya mendengar pelbagai pendapat. Ada yang berkata, 'tunaikan apa sahaja yang dia (Sanchez) minta'.
"Tetapi sekiranya perkara itu berlaku, apabila kamu tidak menghormati struktur gaji, secara tidak langsung ia akan meletakkan pasukan ini dalam situasi sukar."
Sanchez jelas membintangi The Gunners musim ini, namun 18 gol dan sembilan bantuan jaringan di pentas Liga Perdana Inggeris sekadar meletakkan kelab itu di kedudukan keenam liga, tujuh mata di belakang slot kelayakan Liga Juara-Juara Eropah.
Bagaimanapun, Wenger yakin pemain berusia 28 tahun itu akan menolak tawaran mewah ke China.
"Setiap kelab dan pemain akan membuat keputusan. Apakah yang menjadi keutamaan? Di mana kamu mahu beraksi?" katanya.
"Seorang pemain yang hebat mahu bermain bersama rakan sepasukan yang berkualiti dan dalam liga terbaik dunia."
Astro Arena
Sat Apr 15 2017
Kontrak Sanchez bakal berakhir hujung musim depan. - Gambar fail
Kes konsesi pasir MBI: SPRM beku aset jutaan ringgit
SPRM telah membekukan aset bernilai jutaan ringgit melibatkan siasatan kes Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) yang berkaitan rasuah konsesi perlombongan pasir.
Raih gelaran Ironman Malaysia pada usia 61 tahun
USAHA yang konsisten dan belajar daripada kelemahan lalu menjadikan seorang lelaki berjaya meraih gelaran Ironman Malaysia pada usia 61 tahun.
[KOLUMNIS] Mentransformasi seni digital serlah kreativiti universiti
Kombinasi ilmu dan seni dalam kehidupan adalah seimbang - ilmu memberikan ketertiban dan kejelasan, manakala seni membawa kedamaian dan kegembiraan.
Belanjawan 2025 peluang kerajaan perhebat reformasi ekonomi
Belanjawan kali ini dijangka melebihi RM400 bilion, menjadikannya yang terbesar setakat ini.
Randai Macbeth: Adaptasi interkultural yang berani
Adaptasi ini memberikan kritikan halus terhadap situasi politik kontemporari, di mana kuasa sering disalah gunakan tanpa peduli kepada nilai etika dan tanggungjawab sosial.
AWANI Ringkas: Kematian Yahya Sinwar, kehilangan untuk Hamas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI
Air pasang besar di Klang terkawal, tiada pemindahan penduduk
Fenomena air laut pasang besar di sekitar Klang yang berlaku awal pagi ini dalam keadaan terkawal dengan tiada pemindahan penduduk dilakukan.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 18 Oktober 2024
1️⃣ Belanjawan 2025 hari ini
2️⃣ Perkembangan banjir dalam negara
3️⃣ Kematian Yahya Sinwar, kehilangan untuk Hamas
#awaniringkas
1️⃣ Belanjawan 2025 hari ini
2️⃣ Perkembangan banjir dalam negara
3️⃣ Kematian Yahya Sinwar, kehilangan untuk Hamas
#awaniringkas
Berbasikal Trek Dunia: Shah Firdaus tamatkan acara keirin di tempat kesembilan
Pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, menamatkan saingan keirin Kejohanan Dunia Trek UCI di tempat kesembilan.
Belanjawan 2025: Economic Empowerment via F&B Social Entrepreneurship
The panel discussion with Yayasan Hasanah and Pepper Labs highlights how digital innovation and active entrepreneurship in the Digital Economy can be encouraged with technology via public, private and philanthropy partnership.
Lionel Messi terpilih Pemain Asing Paling Bernilai Ligue 1
Pemenang Piala Dunia FIFA 2022 itu memenangi lebih 52 peratus undian dalam perundingan yang dilancarkan oleh liga di Twitter.
Sanchez tamatkan igauan buruk dengan pinjaman ke Inter
Kedua-dua kelab itu masih belum mengeluarkan pengesahan berkenaan butiran pinjaman itu, yang diumumkan awal pagi tadi.
Sanchez bakal ke Inter?
Sanchez dilaporkan sudah mengesahkan secara lisan selain turut bersetuju untuk menerima gaji lebih rendah apabila menyertai Inter.
Solskjaer enggan tolak ansur pemain "didorong wang, kemasyhuran"
Ole Gunnar Solskjaer menegaskan dia tidak akan bertolak ansur dengan pemain-pemain di Manchester United yang "didorong oleh wang atau kemasyhuran".
United menang tapi Sanchez direhatkan enam hingga lapan minggu
Alexis Sanchez bakal direhatkan sehingga dua bulan selepas disahkan oleh doktor skuad kebangsaan Chile, susulan kecederaan lutut yang dialami ketika Manchester United menewaskan Southampton.
Antonio Valencia kekal ketua pasukan Manchester United
Solskjaer mengesahkan bahawa Antonio Valencia akan kekal sebagai ketua pasukan kelab itu apabila dia kembali cergas.
Mourinho yakin Sanchez tidak tinggalkan Manchester United
Walaupun mengakui Sanchez tidak beraksi pada prestasi terbaik ketika ini, Mourinho percaya pemain itu masih mahu mencipta nama dengan kelab itu.
Bila Manchester United akan pecat Jose Mourinho?
Jose Mourinho dan Paul Pogba tidak akan kekal di Manchester United. - Stan Collymore.
Mourinho 'panas' namun belum masa untuk tekan butang panik
Disebalik pelbagai spekulasi dan kalah kepada Brighton, Mourinho masih mendapat sokongan pemilik kelab setakat ini.
Sanchez terima lampu hijau serta jelajah Man Utd di AS
Pemain antarabangsa Chile tersebut berdepan masalah berkaitan dengan hukuman penjara 16 bulan yang digantung susulan penipuan cukai di Sepanyol pada awal tahun ini.