Di dalam satu penstrukturan semula secara besar-besaran, Google melalui pengasasnya Larry Page hari ini mengumumkan penubuhan syarikat baharu yang akan mengambil alih syarikat gergasi internet itu sepenuhnya, iaitu syarikat Alphabet.
Alphabet akan dikendalikan oleh Page sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Sergey Brin, yang juga pengasas bersama Google, sebagai Presiden.
Langkah ini adalah proses untuk mengembangkan lagi Google tetapi Page telah mengambil langkah yang berbeza dengan mengecilkan Google dan menyerapkannya di dalam sebuah syarikat induk.
Alphabet, menurut Page, mempunyai banyak syarikat naungan di bawahnya dengan Google sebagai anak syarikat paling besar. Setiap anak syarikat ini akan mewakili satu abjad, dengan Google mengambil abjad G.
Google akan terus memfokuskan kepada produk utama internet. Bagi tujuan ini, Sundar Pichai telah diumumkan sebagai CEO Google yang baharu.
"Syarikat kami beroperasi dengan baik sehingga hari ini, tetapi kami rasa kami boleh menjadikan ia lebih sempurna dan lebih bertanggungjawab," kata Page.
Page juga menyatakan bahawa Sundar merupakan calon yang tepat bagi jawatan itu kerana pretasi kecemerlangan serta dedikasi beliau kepada syarikat tersebut cukup mengagumkan.
"Pretasi Sundar semakin meningkat sejak beliau mengambil tanggungjawab dalam operasi produk dan kejuruteraan untuk perniagaan Internet kami pada Oktober lalu.
"Sergey dan saya amat teruja dengan kemajuan dan dedikasi beliau kepada syarikat ini," Page berkata dalam satu kenyataan.
Di bawah Alphabet, setiap satu projek ataupun operasi akan mempunyai Ketua Pegawai Eksekutif dan kepimpinan tersendiri, manakala Sundar dan Google akan mengekalkan sistem kawalan carian, iklan Google, Google Maps, Google Play Store, YouTube, dan Android.
Bagaimanapun, inovasi dan operasi eksperimen dalam syarikat Google akan dikurangkan dan tumpuan hanya diberi kepada sistem operasi Chrome dan Android.
Syarikat Alphabet juga akan mengarah operasi pembiayaan peringkat awal Google, yang dikenali sebagai Capital dan Ventures.
Google X, iaitu makmal eksperimen syarikat tersebut akan dikendalikan secara berasingan oleh Brin.
Kohilah Sekaran
Tue Aug 11 2015

Sundar Pitchai akan menerajui Google sebagai CEO baharu. - Foto Reuters
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Platform video Rumble saman Google kerana langgar peraturan persaingan
Platform hos video dalam talian, Rumble, telah mengemukakan saman ke atas Google dan Alphabet kerana melanggar peraturan persaingan semasa mempromosikan platform video YouTube.

Google buang pekerja di Singapura, 190 pekerja terjejas
Pemberhentian pekerja melibatkan individu daripada pelbagai jabatan termasuk jualan, Google Cloud, dan Google Pay antara lain.

Syarikat induk Google umum peletakan jawatan pengerusinya
Menurut satu kenyataan, Schmidt bakal menjadi penasihat teknikal syarikat itu sambil terus berkhidmat dalam lembaga pengarahnya.

Google uji aplikasi kongsi kereta, bakal saingi Uber
Alphabet, pemilik Google menggunakan aplikasi Waze untuk mempertemukan penumpang dengan pemandu yang berkongsi haluan sama.

Google lancar perkhidmatan penghantaran dron menjelang 2017
Dipanggil sebagai Projek Wing, inisiatif ini bertujuan untuk menghantar barangan kepada pengguna dengan menggunakan dron menjelang tahun 2017

5 perkara anda perlu tahu tentang penstrukturan semula Google
Media antarabangsa melaporkan bahawa dengan penubuhan Alphabet, ia boleh fokus kepada pelbagai projek dan mengekalkan Google untuk fokus kepada internet.

Google tubuhkan syarikat induk baharu, Alphabet
Google melalui pengasasnya Larry Page mengumumkan penubuhan syarikat baharu yang akan mengambil alih syarikat gergasi internet itu sepenuhnya, iaitu syarikat Alphabet.