Peminat Apple di Malaysia bakal menikmati keluaran telefon pintar terbaru Apple, iPhone 6S dan iPhone 6S Plus bermula 16 Oktober ini.

Kedua telefon pintar, iPhone 6S dan iPhone 6S Plus itu membawa dimensi baru kepada revolusi interface Multi-Touch™ yang menyediakan fungsi 3D Touch.

Fungsi 3D Touch ini mengesan tahap tekanan pada paparan yang terus memberi kepantasan dan kemudahan dalam penggunaan teknologi itu.

Apple menjayakan fungsi ini dengan menggunakan teknologi force touch yang digunakan pada Macbook dan Apple Watch sebelum ini.

Selain itu, kedua iPhone terbaru itu turut memperkenalkan Live Photos yang menghidupkan imej pegun berbanding sebelum ini, dan terus mengubah memori silam kepada kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Bagi peminat selfie, kamera depan iPhone dipertingkatkan dengan keupayaan Flash bersama kamera 5 megapixel dan kamera depan 12 megapizel iSight.

GALERI FOTO: Penjualan iPhone 6s dan 6s Plus

Kedua-duan iPhone dijana menggunakan cip terkini dan paling canggih buatan Apple, iaitu cip A9 yang memastikan prestasi penggunaan telefon pintar lebih pantas dan jangka hayat bateri yang lebih lama.

iPhone 6S dan iPhone 6S Plus ini juga direka menggunakan logam paling kukuh yang pernah digunakan ke atas mana-mana telefon pintar, siri aluminium 7000 yang juga merupakan aloi sama yang digunakan dalam indsutri aeroangkasa.

Sistem operasi telefon pintar, iOS9 yang meningkatkan ciri Siri kepada lebih baik dengan bantuan proaktif, pencarian, pada masa sama mengutamakan hak perlindungan privasi pengguna.

Aplikasi Apple turut ditambah baik dengan rekaan baru aplikasi Notes, maklumat yang lebih terperinci pada aplikasi Maps dan Apple memperkenalkan aplikasi News terbaru dalam menyediakan platform bacaan berita terbaik di atas peranti telefon.

BACA: iPhone 6s dan 6s Plus: 5 perkara anda perlu tahu

Asas pada sistem operasi iOS juga ditingkatkan di mana proses kemas kini peranti itu hanya memerlukan data yang disimpan lebih rendah dan ciri keselamatan yang lebih maju untuk perlindungan peranti.

Setakat ini, Apple masih tidak mengumumkan harga jualan iPhone 6S dan iPhone 6S Plus.

Syarikat telekomunikasi tempatan dijangka akan menawarkan kedua-dua model itu bersama-sama pakej mereka untuk pasaran tempatan.

Sementara itu, Apple juga mengumumkan jualan iPhone 6S dan iPhone 6S Plus mencatatkan rekod baru sebanyak 13 juta unit, tiga hari selepas pelancaran pada 27 September lalu di negara-negara tertentu.

Ia adalah peningkatan jualan berbanding rekod 10 juta unit iPhone 6 dan iPhone 6 Plus yang dijual pada tempoh sama pada 2014.

Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook berkata dalam satu kenyataan, jualan bagi iPhone 6S dan iPhone 6S Plus amat memberangsakan, dan mengatasi semua rekod jualan Apple sebelum ini.

"Maklum balas pengguna amat baik, mereka sangat berminat dengan 3D Touch, Live Photos dan kami tidak sabar untuk membawa iPhone 6S dan iPhone 6S Plus kepada pelanggan di negara-negara lain bermula Oktober 9," kata Tim Cook.

Kedua model iPhone 6S dan iPhone 6S Plus terbaru ini berada di pasaran di 130 negara menjelang akhir tahun ini.