Hari yang dinanti-nantikan sudah tiba!

iPhone 6s telah dilancarkan di beberapa negara hari ini dan seperti yang dijangkakan, peminat Apple dilihat sanggup beratur dan berkhemah di kaki lima kedai produk tersebut bagi menjadi pemilik pertama keluaran terbaharu produk syarikat itu.

Antaranya ialah Sydney, Singapura, New Zealand dan Jerman.

Difahamkan, peminat iPhone 6s beratur semalaman, tanpa menghiraukan cuaca di negara masing-masing, hanya untuk menjadi antara orang pertama memiliki telefon pintar itu.

Media sosial kini dibanjiri dengan rakaman gambar peminat teruja yang berjaya membeli produk iPhone 6s serta gambar orang berkampung di depan kedai Apple untuk membelinya.

Berikut adalah gambar situasi pelancaran iPhone 6s di seluruh dunia.

Sydney, Australia

Lebih menakjubkan, pertama kali dalam sejarah, robot digunakan untuk berbaris di depan kedai Apple untuk membeli Iphone.

Seorang peminat iPhone, Lucy Kelly mewakilkan dirinya dengan mencipta sebuah robot untuk beratur di depan kedai Apple.





New Zealand

Nervy Sam merupakan pembeli pertama yang berjaya memiliki iPhone 6s di New Zealand.


Jerman

Penjualan 6S iPhone telah dilancarkan di Jerman pada pukul 8 pagi (waktu tempatan) dalam suasana barisan panjang.



London


Russia

Jepun




Singapura

Walaupun indeks kualiti udara di Singapura mencecah paras 'sangat tidak sihat', warga Singapura tidak melepaskan peluang untuk menjadi antara orang pertama untuk memiliki iPhone 6s.