Facebook telah mengaktifkan ciri pemeriksaan keselamatan susulan insiden letupan di Manchester Arena, UK, pada Selasa.

Ciri pemeriksaan keselamatan ini akan menghantar mesej kepada semua pengguna Facebook yang berada berdekatan kawasan kejadian bagi memudahkan mereka memaklumkan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan tentang keselamatan mereka.

Fungsi ini ialah ciri yang biasanya diaktifkan ketika kejadian bencana dan tragedi seperti ribut taufan, tembakan rambang dan juga serangan pengganas.

Ciri ini biasanya diaktifkan ketika kejadian bencana dan tragedi seperti ribut taufan, tembakan rambang dan juga serangan pengganas.
Sebelum ini, ciri yang disediakan oleh Facebook ini sudah diaktifkan lebih 300 kali sejak tiga tahun lalu.

Ia juga pernah dikritik kerana gagal diaktifkan di beberapa kawasan lain di dunia.

Sejak itu, Facebook tidak lagi mengaktifkannya secara manual, sebaliknya bergantung kepada aktiviti pengguna yang membolehkan pengaktifan secara automatik dengan mengesan kata kunci seperti 'gempa bumi', 'tembakan' atau 'letupan' di satu-satu lokasi.