ANMOL Tukrel, seorang pelajar India yang berasal dari Kanada kini mencabar kuasa Google dengan mencipta enjin carian yang didakwanya lebih tepat daripada carian Google .
Pelajar berusia 16 tahun itu berkata enjin carian yang diciptanya itu adalah 47 peratus lebih tepat berbanding enjin carian Google.
Enjin carian Tukrel itu merupakan sebahagian daripada projek yang direka untuk dihantar ke Pameran Sains Google, yang merupakan persaingan global dalam talian.
Persaingan itu terbuka kepada semua pelajar berusia 13 hingga 18 tahun.
Menurut Tukrel, setelah beberapa bulan bertungkus-lumus berusaha, akhirnya dia berjaya menyiapkan projek tersebut.
Bukan itu sahaja, Tukrel juga mengambil kira-kira 60 jam untuk mengekodkan enjin carian tersebut.
"Pada mulanya, saya rancang untuk mencipta sesuatu dalam ruang carian kerana ia merupakan satu perkara yang mencabar.
"Tetapi apabila saya menyedari Google telah melakukannya, saya cuba untuk membawa ia ke tahap yang seterusnya,” kata Tukrel yang dipetik dari portal Tech 2.
Pelajar itu mendakwa enjin cariannya lebih baik dari Google kerana ia bukan sahaja mengambil kira akaun lokasi dan rekod layaran, tetapi ia juga cuba untuk memahami konteks dan makna.
Oleh itu, enjin carian yang dicipta oleh Tukrel akan memberi hasil carian yang lebih relevan dengan personaliti pengguna.
Difahamkan, Tukrel memperoleh idea itu ketika menjalani latihan amali di firma Adtech IceCream Labs di Bengaluru, India.
Projek pembangunan Turkel termasuk sebuah komputer dengan sekurang-kurangnya 1GB memori penyimpanan, persekitaran pembangunan python-language, program spreadsheet dan akses kepada Google dan New York Times.
Bagaimanapun, penilaian projek itu masih lagi dijalankan.
Kohilah Sekaran
Sun Aug 23 2015
Anmol Tukrel (gambar) mencabar Google melalui enjin carian ciptaannya yang didakwa lebih tepat daripada carian Google. -Foto Facebook
AWANI Borneo [12/1/2025] – Lebih 60 Rumah Musnah | Polemik PH Sabah | “Jaga Sarawak Bait-Bait”
Tumpuan AWANI Borneo 12 Jan 2025 bersama Pia Ernadya
- 60 buah rumah atas air musnah dalam kebakaran di Tawau
- PKR Sabah tetap mahu jawatan Pengerusi PH negeri
- Dr Sim ingat pesan Tok Nan, "Jaga Sarawak bait-bait"
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
- 60 buah rumah atas air musnah dalam kebakaran di Tawau
- PKR Sabah tetap mahu jawatan Pengerusi PH negeri
- Dr Sim ingat pesan Tok Nan, "Jaga Sarawak bait-bait"
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
ASEAN25: Setiausaha Agung ASEAN hadiri bengkel pembangunan mampan di Malaysia
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn dijadualkan menghadiri Bengkel ASEAN mengenai Pembangunan Mampan 2025 yang akan diadakan di Malaysia dari 13 hingga 14 Jan, menurut Sekretariat ASEAN.
SICC pastikan tiada makanan dibazirkan ketika buffet Ramadan
Kecemerlangan SICC menguruskan buffet Ramadan diperakui Asia Book Of Record yang mendapati tiada sisa makanan dibazirkan.
Dr Sim ingat pesan Tok Nan, "Jaga Sarawak bait-bait"
Dr Sim menyifatkan Adenan atau lebih mesra disapa Tok Nan sebagai pemimpin yang memiliki dedikasi tidak berbelah bahagi dan menjadi inspirasi dalam pembangunan Sarawak.
Kerajaan disaran bina lebih banyak rumah transit
Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Sabah, Datuk Rina Jainal berkata, dengan adanya rumah transit, remaja yang bermasalah bukan sahaja diberi peluang kedua, malah dapat membina kehidupan yang lebih stabil dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat.
Kerajaan Sarawak rancang Kempen Jelajah SKAS, bantu pendaftaran
Datuk Abdullah Saidol, memberi jaminan bahawa agensi kerajaan dan Pusat Khidmat akan bergerak ke kawasan pedalaman Sarawak untuk memastikan semua yang layak menerima bantuan SKAS.
Polis Miri tumpaskan dua sindiket penipuan
Polis berjaya menumpaskan dua sindiket penipuan susulan penahanan 11 individu termasuk seorang wanita dalam serbuan berasingan pada 8 dan 10 Jan lepas.
PKR Sabah tetap mahu jawatan Pengerusi PH negeri
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata pihaknya tetap berpendirian jawatan itu wajar dipegang pemimpin partinya.
Cuca buruk dengan hujan berterusan di Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan berterusan di beberapa kawasan di Sarawak.
Tanah runtuh di Kapit: Penduduk dminta patuh arahan pihak berkuasa
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menasihatkan penduduk yang terjejas dalam kejadian tanah runtuh supaya mengambil kira aspek keselamatan diri sendiri dan keluarga dengan mengikut arahan daripada pihak berkuasa.
Pelajar 16 tahun dakwa enjin carian ciptaannya lebih tepat daripada Google
Anmol Tukrel, seorang pelajar India yang berasal dari Kanada, mencabar kebolehan Google dengan mencipta enjin carian yang didakwa lebih tepat daripada carian Google.