HARI ini, syarikat teknologi terkemuka Google melancarkan peranti terbaharunya, telefon pintar Pixel yang dikatakan dibina dengan kecerdasan buatan (artificial intelligence atau Al).

Menurut seorang jurucakap dari pasukan pengurusan produk Pixel, Sabrina Ellis, ini merupakan telefon pertama dibuat oleh Google, luar dan dalam.



Ciri-ciri

Dengan menghasilkan perkakasan dan perisian Android, Google memberi cabaran secara langsung kepada Apple dan ekosistemnya yang dikawal ketat.

Tampil sebagai telefon pintar pertama menggunakan Google Assistant, ia mempunyai simpanan tanpa had untuk gambar dan video, serta serasi dengan Daydream, platform realiti maya syarikat itu.

Pixel boleh didapati dengan paparan 5 inci atau 5.5 inci, bemula dari AS$649 untuk pelanggan di Amerika Syarikat, harga lebih kurang sama dengan model iPhone terbaru.

GALERI FOTO: Google lancar telefon pintar Pixel

Ia turut menyertakan kamera terbaik pada telefon pintar – menerima skor DxO paling tinggi buat masa ini untuk telefon pintar.

Pixel juga mempunyai program khas untuk memudahkan pengguna menukar sistem operasi, contohnya dari iPhone ke Android, dengan hanya memindahkan kenalan, kandungan dan juga iMessages.




Netizen teruja

Di media sosial, netizen memberi pandangan yang positif dan teruja dengan beberapa ciri yang ditawarkan oleh Pixel.

Antara ciri yang menarik perhatian netizen ialah simpanan tanpa had untuk gambar dan video, fungsi rakaman kamera yang terbaik, integrasi Google Assistant, penyertaan aplikasi Duo secara terbina dan jangka hayat bateri yang lama.

Mereka turut berpendapat, Pixel merupakan pesaing yang hebat di pasaran untuk iPhone dan Samsung.











Iklan sindir Apple?

Sementara itu, iklan Pixel turut mencuit hati netizen dan menjadi tajuk perbualan di media sosial.

Pengguna menyifatkan iklan itu sebagai ‘sinis’ dan berpendapat ia direka seolah-olah untuk syarikat Apple.






Pra-pesanan untuk telefon Pixel telah bermula pada Selasa di Australia, Kanada, Jerman, Britain dan AS.