Pengguna Twitter di seluruh dunia hari ini dikejutkan dengan perubahan ikon ‘stars’ yang digantikan digantikan dengan ikon ‘hearts’.
Ia kini dipanggil sebagai butang ‘likes’ dan bukan lagi ‘favourites’.
Perkara ini telah diumumkan oleh Twitter Inc menerusi satu kenyataan media.
“Kami ingin menjadikan Twitter lebih mudah dan mesra untuk digunakan.
“Kami tahu bahawa kadang-kadang butang ‘favourites’ itu boleh mengelirukan, terutama kepada pengguna baru. Anda mungkin suka banyak perkara, tetapi bukan semuanya boleh menjadi kegemaran anda,” menurut Twitter dalam kenyataan tersebut.
Menurut Twitter, ‘hearts’ adalah satu simbol universal yang bersuara tanpa mengira bahasa, budaya, serta zon masa.
Difahamkan, simbol ‘hearts’ dipilih kerana mereka percaya simbol ini lebih ekspresif yang membolehkan pengguna untuk menyampaikan pelbagai emosi kepada pengguna lain.
Susulan pengumuman itu, rata-rata pengguna media sosial memberi reaksi yang negatif dan menyifatkan ia kini menyerupai gaya laman Facebook.
Mereka berpendapat bahawa butang ‘favourites’ merupakan satu identiti ikonik Twitter yang tidak sepatutnya ditukar. Kini, ia lebih menyerupai Facebook dan tidak ada perbezaan.
Kohilah Sekaran
Wed Nov 04 2015

Pengguna Twitter di seluruh dunia hari ini dikejutkan dengan perubahan simbol 'stars' yang digantikan digantikan dengan simbol 'hearts'.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Imigresen serbu dua klinik bedah kosmetik cantikkan hidung milik warga asing
Jabatan Imigresen menahan sembilan warga asing dalam serbuan di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, dipercayai menjalankan prosedur pembedahan kosmetik tanpa lesen didalangi doktor warga asing.
Polis tunggu hasil laporan 6 ubat diambil dari kediaman Ridz Okumura
Polis mengesahkan masih menunggu laporan berkaitan enam jenis ubat yang diambil dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura.

Bank Islam bolehkan pengguna mohon tukar 'Duit Raya' melalui aplikasi BIMB
Tempahan dibuka hingga 14 Mac 2025, dengan minimum penukaran RM100.

Twitter perkenal butang 'likes' dengan ikon 'hearts'
Pengguna Twitter di seluruh dunia hari ini dikejutkan dengan perubahan ikon 'stars' yang digantikan dengan ikon 'hearts'.