Tue Aug 23 2016


Proton Holdings Bhd melancarkan generasi kedua Proton Persona baharu yang merupakan kereta pertama keluaran syarikat itu disokong indikator pemanduan 'Eco'. - Astro AWANI/Shahir Omar

Proton Persona baharu dengan enjin VVT 1.6L itu turut mengutamakan ciri keselamatan aktif dan pasif malah mendapat pengiktirafan lima bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu Untuk Negara-Negara Asia Tenggara. - Astro AWANI/Shahir Omar

Konsep pemanduan 'Eco' Proton Persona mampu menjimatkan petrol apabila indikator menyala semasa pemanduan mencapai 5.6 liter setiap 100 kilometer. - Astro AWANI/Shahir Omar

Proton mensasarkan jualan 3,000 hingga 4,000 buah sebulan bagi Proton Persona baharu. - Astro AWANI/Shahir Omar

Proton Persona kini dibuka untuk tempahan dan pandu uji di seluruh negara malah sempena sambutan Bulan Kebangsaan, pelanggan boleh menikmati servis percuma selama tiga tahun. - Astro AWANI/Shahir Omar

Pelancaran kereta berwajah baharu berkenaan disempurnakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Shah Alam. - Astro AWANI/Shahir Omar

Proton Persona baharu itu didatangkan dalam enam warna iaitu Graphite Grey, Carnelian Brown, Fire Red, Sterling Silver, Cotton White dan Midnight Black. - Astro AWANI/Shahir Omar

Proton Persona baharu itu didatangkan dalam tiga varian iaitu model standard dengan transmisi manual atau automatik; model eksekutif dan model premium, dalam enam pilihan warna. .- Astro AWANI/Shamim Hasni

Bagi transmisi automatik harga dari RM46,350 hingga RM49,800 bagi Semenanjung Malaysia manakala RM51,350 hingga RM51,800 (Sabah dan Sarawak) manakala untuk model eksekutif pula antara RM52,000 dan RM55,800 (Semenanjung Malaysia) dan RM57,350 hingga RM57,800 (Sabah dan Sarawak) manakala model premium daripada RM55,680 hingga RM59,800 (Semenanjung Malaysia) dan RM61,350 hingga RM61,800 (Sabah dan Sarawak). . - Astro AWANI/Shamim Hasni

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
