Thu Jul 16 2015


Gambar yang dibekalkan oleh NASA pada Selasa, 14 Julai 2015 menunjukkan kawasan bergunung berhampiran khatulistiwa Pluto yang dirakamkan oleh kapal angkasa New Horizons. (NASA/JHUAPL/SwRI via AP))

Gambar Charon, bulan terbesar Pluto dirakam kapal angkasa New Horizons pada Selasa, 14 Julai 2015. (NASA/JHUAPL/SwRI via AP)

Foto Pluto yang dirakamkan kapal angkasa New Horizons pada 13 Julai 2015. Amerika Syarikat adalah satu-satunya negara yang berjaya melawat kesemua sembilan planet dalam sistem solar. Pluto adalah planet kesembilan semasa New Horizons berlepas di Cape Canaveral, Florida pada 19 Januari 2006. (NASA via AP)

Kombinasi gambar planet Pluto dan bulannya, Charon yang dirakam pada 13 Julai 2015. Imej warna komposit permukaan ditambah dengan menggunakan penapis filem kamera di atas kapal angkasa New Horizons. (NASA/APL/SwRI via AP)

Gambar yang dibekalkan NASA pada Rabu menampilkan salah satu daripada lima bulan Pluto iaitu Hydra yang mempunyai kelebaran 27 batu (43 kilometer) dan 20 batu (33 kilometer). -NASA/JHUAPL/SwRI via AP

Para penyelidik utama New Horizons: Alan Stern dari Institut Penyelidikan Southwest, Boulder, CO. (kiri), Johns Hopkins dari University Applied Physics Laboratory, Pengarah Ralph Semmel (tengah) dan penyelidik bersama New Horizons, Will Grundy dari Lowell Observatory memegang cetakan hasil penemuan sejak kapal angkasa itu menerokai Pluto pada Selasa, 13 Julai 2015. -NASA / Bill Ingalls

Tetamu dan ahli kumpulan New Horizons mengira detik kapal angkasa itu mendekati planet Pluto pada Selasa, 14 Julai 2015 di Universiti Johns Hopkins Applied Physics Laboratory di Laurel, Maryland. -NASA/Bill Ingalls

Reaksi Fran Bagenal, ahli pasukan sains New Horizons selepas menerima pengesahan kapal angkasa telah melengkapkan pusingan mengelilingi Pluto pada Selasa, 14 Julai 2015. -Joel Kowsky/NASA via AP

Gambar dari NASA pada 11 Julai 2015 memperlihatkan Pluto dari kapal angkasa New Horizons. Selama sembilan tahun New Horizons menjelajah 3 bilion batu untuk tiba ke planet antara terjauh di sistem solar itu. -NASA/JHUAPL/SWRI via AP

Kombinasi gambar bertarikh 1 hingga 3 Julai 2015 disediakan oleh NASA memaparkan Pluto dari jarak yang berbeza dengan kapal angkasa New Horizons. -Foto NASA via Pluto

Ragbi Malaysia intai khidmat tiga pemain naturalisasi

JKR pantau 29 projek sakit, tiga faktor dikenal pasti

Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu, Singapura, Thailand, Kemboja mulai Ahad

Dataran Merdeka hingga Carcosa Seri Negara jadi Tapak Warisan Kuala Lumpur - Anwar

Umat Islam perlu utamakan perpaduan ummah - Raja Muda Perlis

KPN cadang Modul Pendidikan Rukun Negara diperluas ke semua tadika

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid

Aaron-Wooi Yik perkemas corak permainan agresif

Impian berkecai, wang lesap: Jurukimpal Malaysia ditipu sindiket pekerjaan di Kemboja
