Thu Sep 17 2015


Gambar menunjukkan Ahmad Mohamed digari dan dibawa ke Jabatan Polis Irving, Texas hanya kerana sebuah jam rekaannya yang disangka bom oleh gurunya. - Eyman Mohamed via AP

Gambar menunjukkan jam buatan yang direka oleh Ahmed Mohamed. Remaja berumur 14 tahun ini digari dan dibawa ke Jabatan Polis Irving apabila salah seorang guru melihat jam rekaannya sebagai satu ancaman bom. - AFP PHOTO/IRVING POLICE DEPARTMENT

Ketua polis Irving, Larry Boyd memberikan kenyataannya pada Rabu, 16 September, 2015 berhubung Ahmed Mohamed yang ditahan pada Isnin kerana disangka membawa bom ke sekolah. - AP Photo/Brandon Wade

Pengarah Komunikasi ISD Irving, Lesley Weaver memberikan kenyataannya berhubung Ahmed Mohamed yang dibawa ke jabatan polis gara-gara jam rekaannya. - AP Photo/Brandon Wade

Ahmed Mohamed (kiri) dan ayahnya Mohamed Alhassan Mohamed mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya di sebuah sidang akhbar yang diadakan pada Rabu, 16 September, 2015 di Irving, Texas. Ahmed ditangkap polis apabila seorang guru menyangka jam yang direka Ahmed adalah sebuah bom. - AP Photo/Brandon Wade

Ahmed Mohamed (tengah) dan ayahnya Mohamed Elhassan Mohamed (kanan) melihat apabila peguam mereka Linda Moreno (kiri) memberikan kenyataan mengenai penahanan Ahmad pada 16 September, 2015 di Irving, Texas. - AP Photo/Brandon Wade

Ahmed Mohamed telah dijemput oleh pengasas Facebook Mark Zuckerberg untuk melawat Facebook selepas dia digari dan digantung kelas hanya kerana jam buatan sendiri yang direkanya disangka bom. - Twitter

Ahmed Mohamed telah dijemput oleh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama untuk melawat Rumah Putih selepas dia digari dan digantung kelas hanya kerana jam buatan sendiri yang direkanya disangka bom. - Twitter

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
