Thu Jan 14 2016


Beberapa anggota polis kelihatan di Jakarta, Indonesia dimana berlaku kejadian letupan dan tembakan pada 14 Januari, 2016. Setakat ini enam kematian telah dilaporkan. - REUTERS/Darren Whiteside

Kelihatan satu mayat terlentang di atas jalan di hadapan kafe Starbucks di pusat bandar Jakarta sementara anggota polis meninjau kawasan sekeliling. Pada pagi 14 Januari 2106, ibu negara Indonesia digemparkan dengan beberapa siri letupan bom dan tembakan yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya enam nyawa. - REUTERS/Beawiharta

Seorang pegawai polis Indonesia berlari ke arah kawasan di mana beberapa ledakan bom dan tembakan berlaku di Jakarta pada 14 Januari 2016. Polis tempatan berkata, antara enam letupan yang berlaku, sekurang-kurangnya satu diakibatkan oleh seorang pengebom berani mati. - REUTERS/Beawiharta

Beberapa mayat terdampar di jalanan bersebelahan pondok polis yang rosak akibat letupan bom di Jakarta, Indonesia pada 14 Januari 14 2016. - AFP Photo/Bay Ismoyo

Beberapa mayat terdampar di jalanan bersebelahan pondok polis yang rosak akibat letupan bom di Jakarta, Indonesia pada 14 Januari 14 2016. Insiden tersebut berlaku di persimpangan Jalan MH Thamrin. - AFP Photo/Bay Ismoyo

Polis memburu suspek yang disyaki bersembunyi dalam sebuah kafe selepas beberapa siri letupan dan tembakan berlaku di Jakarta, Indonesia pada 14 Januari 2016. Insiden tersebut telah meragut sekurang-kurangnya enam nyawa. - AFP Photo/Bay Ismoyo

Pekerja Indonesia bergerak keluar dari pejabat mereka di sekitar Jalan MH Thamrin selepas beberapa ledakan bom dan tembakan berlaku di Jakarta, Indonesia. Polis mengesahkan bom tangan antara senjata yang digunakan. - REUTERS/Beawiharta

Polis berpakaian preman mengacu pistol ke arah suspek di luar sebuah kafe Starbucks di persimpangan Jalan MH Thamrin selepas satu siri ledakan bom dan tembakan melanda Jakarta, Indonesia pada 14 Januari 2016. - AFP Photo/Bay Ismoyo

Sekumpulan anggota polis Indonesia sedang berlindung di sebalik sebuah kereta dalam operasi mematahkan serangan serangan pengganas di Jakarta. - REUTERS/Beawiharta

Sekumpulan anggota polis Indonesia sedang mengambil tempat dan menghalakan senjata ke arah beberapa orang suspek dalam kejadian serangan di tengah-tengah bandaraya Jakarta. - AFP PHOTO/BAY ISMOYO

Kenderaan berperisai polis dilihat ditempatkan bersebelahan tempat kejadian dalam serangan di Jakarta hari ini. - REUTERS/Darren Whiteside

Pasukan polis dan perubatan kelihatan berhampiran mayat mangsa di lokasi serangan bom di Jakarta hari ini. Reuters/Darren Whiteside

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
ASEAN 2025 | 21 Feb

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
