Letupan di Ankara ragut 34 nyawa
Sekurang-kurangnya 34 orang terkorban manakala 125 cedera akibat letupan bom di Ankara, Turki pada 13 Mac 2016.
Mon Mar 14 2016
Sekurang-kurangnya 34 orang terkorban manakala 125 cedera akibat letupan bom di Ankara, Turki pada 13 Mac 2016. - Foto AFP
Kesan letupan berkenaan, termasuk serpihan bahan yang terbakar telah terserak ke radius beberapa ratus meter dan jatuh ke bangunan Kementerian Dalam Negeri, mahkamah serta bangunan pejabat perdana menteri yang lama. - Foto AFP
Menurut stesen televisyen tempatan NTV, letupan dipercayai akibat letupan sebuah bom kereta. Ia diletupkan berdekatan sebuah bas dan turut mencetuskan kebakaran beberapa kenderaan berdekatan. - Foto AFP
Bom itu meledak di Dataran Ataturk Bulvari dekat pusat bandar Ankara dan letupannya boleh didengari dari jarak beberapa kilometer.- Foto AFP
Seorang mangsa yang cedera memberitahu media tentang kejadian berkenaan. Siasatan awal mencadangkan bahawa insiden itu dilakukan Parti Pekerja Kurdistan (PKK), atau sekutunya, yang selama tiga dekad lalu sering menimbulkan kekacauan kerana menuntut kuasa autonomi. -Foto AFP
Pihak berkuasa Turki menutup kawasan pejabat kerajaan serta melarang media daripada membuat laporan insiden berkenaan. - Foto AFP
Tiada pihak setakat ini tampil mengaku bertanggungjawab, namun Menteri Dalam Negeri Afkan Ala berkata nama kumpulan di sebalik serangan itu bakal didedahkan selepas siasatan polis dijalankan.- Foto AFP
'Titah YDA ialah kuasa mutlak, Kerajaan patut akur' - Khairuddin
Amerika dilanda musim sejuk melampau sejak 2011
Biden umum jual senjata RM36 bilion ke Israel
Hamas setuju bebaskan 34 tawanan perang dengan Israel
Justin Trudeau dijangka umumkan perletakan jawatan
BioProtein Powder juara minggu keenam INNOVATHON 2
[TERKINI] Titah Adendum: Undang undang dan perlembagaan
[TERKINI] PM Anwar lancar kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026)
BioProtein Powder juara minggu keenam. Ubah bio protein ke serbuk, panjangkan hayat simpanan
Saya terganggu, tiada afidavit balasan dari AGC cabar kewujudkan titah adendum - Hakim