Nahas pesawat Rusia: 224 penumpang terbunuh
Sebuah pesawat Metrojet milik Rusia terhempas di kawasan pergunungan terpencil Mesir di Semenanjung Sinai pada Sabtu, 31 Oktober
Sun Nov 01 2015
Perdana Menteri Mesir, Sherif Ismail yang melawat tempat kejadian memaklumkan, peluang pasukan penyelamat menemui mangsa yang terselamat adalah tipis. - Foto Suliman el-Oteify, Egypt Prime Minister's Office via AP
Semasa kejadian, pesawat malang berkenaan membawa 224 penumpang termasuk 25 kanak-kanak. Pesawat terhempas kira-kira selepas 20 minit berlepas dari kawasan peranginan Sharm Al-Sheikh. - Foto Suliman el-Oteify, Egypt Prime Minister's Office via AP
Perdana Menteri Mesir Sherif Ismail, sedang melawat kawasan nahas di Hassana, Mesir pada Sabtu, 31 Oktober. - Foto oleh Suliman el-Oteify, Egypt Prime Minister's Office via AP
Pasukan penyelamat dilaporkan berjaya menemui kotak hitam pesawat Rusia, Kogalymavia 9268 (KGL-9268) yang terhempas di kawasan pergunungan terpencil Mesir di Semenanjung Sinai, pada Sabtu. - Foto Suliman el-Oteify, Egypt Prime Minister's Office via AP
Para pegawai sedang memeriksa alat perakam data pesawat yang ditemui di kawasan nahas di Hassana, pada 31 Oktober, 2015. - Foto Suliman el-Oteify, Egypt Prime Minister's Office via AP
Sehingga tengah hari Ahad, pasukan penyelamat sudah pun berjaya memindahkan 129 mayat dari lokasi nahas untuk dibawa ke rumah mayat di Kaherah. - Foto AP Photo/Amr Nabil
Barisan ambulans dan pekerja penyelamat di lapangan terbang tentera di Kabrit sedang menanti giliran untuk membawa mayat mangsa nahas pesawat Rusia itu yang tiba dengan helikopter polis ke hospital berhampiran. - AP Photo/Amr Nabil
Timbalan Menteri Situasi Kecemasan Rusia, Vladimir Stepanov sedang memberikan taklimat di sidang akhbar yang diadakan sejurus berita mengenai nahas pesawat Metrojet milik Rusia diketahui umum pada Sabtu, 31 Oktober. - AP Photo/Ivan Sekretarev
Sebahagian anggota pasukan keselamatan dan polis sedang berkawal sementara menunggu ketibaan ambulans yang membawa mayat mangsa nahas pesawat Metrojet milik Rusia di Rumah Mayat Zeinhom, di Kaherah, Mesir pada Sabtu, 31 Oktober.- AP Photo/Nariman El-Mofty
Kelihatan sebahagian anggota keluarga dan sahabat handai mangsa nahas pesawat Metrojet yang terhempas di Mesir pada Sabtu, 31 Oktober, 2015. Mereka berhimpun di sebuah hotel di St.Petersburg, Rusia sementara menanti berita terbaharu mengenai nahas. - Foto AP Photo/Dmitry Lovetsky
Wajah anggota keluarga dan sahabat handai mangsa nahas pesawat Metrojet yang terhempas di Mesir pada Sabtu, 31 Oktober 2015. Mereka berhimpun di sebuah hotel di St.Petersburg, Rusia sementara menanti berita terbaharu mengenai nahas.- AP Photo/Dmitry Lovetsky
Seorang wanita Ukraine memberikan penghormatan kepada mangsa nahas pesawat Metrojet milik Rusia di hadapan kedutaan Rusia, di Kiev, Ukraine pada Sabtu, 31 Oktober - Foto AP/Efrem Lukatsky
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Cip AI: Keperluan alternatif selain AS, China untuk kekal kompetitif
Permohonon diperkenan, Akhyar Rashid ucap terima kasih kepada TMJ
Harapan baru atau sekadar sementara ?
[TERKINI] Keputusan pendakwaan Kes Tan Sri Muhyiddin Yassin
Warga emas ditahan miliki dadah lebih 2kg di Muar
Polis keluar larangan kutip kerang di Pantai Dungun
KPM sambut baik kerjasama dengan KKM bantu tingkatkan ketajaman penglihatan murid
Gencatan senjata bukan usaha tamatkan keadilan - CENTHRA