Thu Oct 13 2016


Foto pada 4 Ogos 2006 ini menunjukkan Raja Bhumibol memegang kamera sambil melambai kepada orang ramai sewaktu meninggalkan Hospital Siriraj, Bangkok selepas menjalani sesi rawatan. - Foto AP

Raja Bhumibol Adulyadej dan Permaisuri Sirikit melambai kepada orang ramai sewaktu acara sambutan tahun ke-60 sebagai pemerintah Thailand, pada 9 Jun 2006. - Reuters

Puteri Maha Chakri Sirindhorn membantu Raja Bhumibol sewaktu hendak menyampaikan ucapan sempena hari ulang tahun baginda, dari anjung Istana Besar, Bangkok sambil disaksikan anggota keluarga diraja lain pada 5 Disember 2011. - Reuters

Raja Bhumibol dalam sebuah acara perasmian projek yang dinaung pihak istana, iaitu Jambatan Bhumibol 1, Bhumibol 2 dan pintu air di terusan berdekatan Hospital Siriraj pada 24 November 2010. - Reuters

Raja Bhumibol berjalan meninggalkan Hospital Siriraj di Bangkok selepas menerima rawatan pada 16 November 2007. - Foto Reuters

Foto bertarikh 2 Disember 2004 ini dirakamkan ketika Raja Bhumibol dan Permaisuri (duduk, kiri) serta Putera Mahkota Vajiralongkorn (duduk, kanan) memeriksa perbarisan alam sebuah acara di Bangkok. - Foto AP

Foto bertarikh 5 Julai 1960 ini merakamkan aksi Raja Bhumibol Adulyadej (kanan) bermain saksofon dalam sesi khas bersama legenda jazz Benny Goodman (kiri) dan pemain dram Gene Krupa (dua dari kiri) dan pemain trombon Urbie Green di New York. - Foto sumber istana dan AP

Foto bertarikh 7 Mac 1935 ini menunjukkan Putera Bhumibol (kiri) berdiri di sebelah abangnya, Raja Ananda Mahidol di sekolah di Lausanne, Switzerland. - Foto AP

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma

Panel dinding stesen LRT Masjid Jamek runtuh, tiada kemalangan jiwa - Rapid Rail
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Suara Rakyat: Dulu syurga beli-belah, kini sepi daripada pengunjung

Rusia, AS bakal berbincang dalam beberapa hari lagi - Kementerian Luar Rusia
