Tue Oct 13 2015


Pengerusi Lembaga Keselamatan Belanda, Tjibbe Joustra semasa mendedahkan laporan akhir siasatan berhubung tragedi MH17 pada Selasa berkata Ukraine mempunyai alasan mencukupi untuk menutup ruang udara di zon konflik bersenjata di timur Ukraine sebagai langkah berjaga-jaga, sebelum pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai 2014. - AFP PHOTO / EMMANUEL DUNAND

Bahagian kokpit pesawat MH17 dibina semula untuk menggambarkan kesan letupan pada pesawat dalam tragedi yang meragut 298 nyawa di timur Ukraine tahun lalu. - AP Photo/Peter Dejong

Hasil siasatan pasukan penyiasat antarabangsa mendapati peluru berpandu itu meletup di luar bahagian kiri kokpit pesawat malang berkenaan.- AP Photo/Peter Dejong

Pengerusi Lembaga Keselamatan Belanda, Tjibbe Joustra semasa mendedahkan laporan akhir siasatan berhubung tragedi MH17 pada Selasa, memberitahu ruang udara tersebut banyak digunakan, yang antara 14 Julai hingga 17 Julai 2014, 61 pengendali penerbangan daripada 32 negara menerbangkan pesawat mereka di ruang udara berkenaan. - AP Photo/Peter Dejong

Keadaan bahagian kokpit pesawat yang musnah teruk dalam tragedi MH17 yang dipamerkan ketika pembentangan laporan akhir oleh penyiasat antarabangsa pada Selasa. - AFP PHOTO / EMMANUEL DUNAND

Keadaan bahagian tengah pesawat yang musnah teruk dalam tragedi MH17 yang dipamerkan ketika pembentangan laporan akhir oleh penyiasat antarabangsa. - EPA/ROBIN VAN LONKHUIJSEN
