Thu Dec 26 2013


Zulkifli Mohamad Nor, 42, di rumahnya di Pulau Pinang pada 28 Disember 2004 setelah menceritakan bagaimana tsunami mengorbankan lima daripada tujuh anaknya di Pasir Panjang. Beliau hanya sempat menyelamatkan isteri serta bayinya yang berusia setahun.

Foto yang diambil pada hari kejadian di Pulau Pinang setelah ombak besar tsunami berhenti. Tsunami pada 26 Disember 2004 terhasil ekoran gempa bumi besar di Lautan Hindi lepas pantai barat Aceh yang mengakibatkan berlakunya ombak besar.

Ombak besar tsunami tersebut melanda kawasan-kawasan pantai di selatan Asia, Sumatera Utara, Thailand dan Malaysia mengakibatkan kemusnahan di 13 negara. Di Malaysia, korban Tsunami disahkan seramai 68 orang.

Pemandangan di Pantai Marina di Madras pada 26 Disember 2004 setelah pantai itu dilanda Tsunami. Di sesetengah lokasi dilaporkan bahawa ombak tsunami mencapai ketinggian 10 meter.

Pemandangan udara di Pantai Marina, Madras yang merupakan pantai di bahagian selatan India. Sri Lanka mencatat jumlah seramai 38,195 orang, diikuti India dengan 16,000 orang dan Thailand seramai 5,300 orang.

Foto yang di ambil pada 30 Disember 2004 di pantai Khao Lak, Thailand. Dianggarkan Tsunami Lautan Hindi pada 2004 itu telah menyebabkan kerosakan harta benda melebihi sejumlah RM30billion dan mengakibatkan lima juta orang hilang tempat tinggal.

Destinasi pelancongan terkenal Thailand, Phuket turut terkena tempias ganas tsunami. Sekurang-kurangnya 118 orang terkorban dan 1300 cedera di Selatan Thailand sahaja ekoran tsunami terbabit.

Walaupun gempa bawah lautan yang berlaku terjadi beberapa jam sebelum pantai-pantai di Lautan Hindi dibadai ombak Tsunami, ramai yang tidak mengetahui kehadiran ombak besar tersebut ekoran ketiadaan sistem amaran Tsunami ketika itu.

Seorang anggota penyelamat masih cuba mencari mangsa yang terselamat di sebuah tingkat bawah tanah di sebuah hotel di Pantai Patong, Phuket, Thailand, pada 29 Disember 2004. Lebih kurang 1,500 orang masih hilang dengan kebanyakannya pelancong asing di pulau ini.

Terminal bas utama di Galle, 125 km selatan Colombo, Sri Lanka sehari selepas bencana berlaku. Ombak Tsunami disahkan menghempas pantai dan bergerak sehingga hampir 2,000 meter ke darat.

Pandangan udara di wilayah Galle, di mana Sri Lanka melancarkan misi kemanusiaan besar-besaran setelah lebih 5,860 orang dilaporkan terbunuh di negara itu sementara 1,555 masih hilang.

Badai tsunami hampir melumpuhkan bandar utama Sri Lanka, Colombo di mana lebih seribu terkorban dan ratusan lagi tidak dijumpai. Antara negara lain yang turut mencatatkan korban Tsunami ialah Somalia, Maldives, Myanmar, Tanzania, Seychelles, Afrika Selatan, Bangladesh, Kenya dan Yaman.

Foto pekan Meulaboh, Banda Aceh, Indonesia ini diambil pada 3 Januari 2005 oleh Pasukan Pertahanan Australia ketika dalam misi menyalurkan bantuan. Indonesia merupakan negara yang paling banyak menyaksikan jumlah korban iaitu seramai 166,000 orang.

Banda Aceh selepas sehari dilanda tsunami. Tsunami telah menelan korban nyawa sekurang-kurangnya 226,000 orang, dan masih ramai yang tidak diketahui sehingga kini termasuk lebih setengah juta orang yang dilaporkan cedera.

Banda Aceh mengalami kemusnahan paling teruk berpunca dari tsunami yang melanda. Gempa bumi sebesar 9.0 pada Skala Richter ini berlaku sekitar 8.59 pagi (waktu Malaysia) dan merupakan yang keempat terbesar di dunia sejak 1900.

Persekitaran masjid Baiturrahman di Banda Aceh pada 27 Disember 2004. Dilaporkan sepertiga daripada jumlah mangsa yang maut adalah kanak-kanak, manakala lebih lima juta kehilangan tempat tinggal dan harta benda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.