Sehari di Parlimen
Parlimen adalah badan perundangan kebangsaan Malaysia berdasarkan sistem Westminster di United Kingdom.
Fri Apr 04 2014
Bangunan Parlimen Malaysia yang terletak di ibu kota Kuala Lumpur merupakan lokasi dimana semua Ahli Parlimen Malaysia berhimpun. Cadangan penguatkuasaan undang-undang baru serta debat-debat hangat berlaku di sini sepanjang tahun. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Tugu Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman menghiasi laluan masuk ke bangunan Parlimen, mengingatkan setiap orang yang melalui jalan ini, bahawa inilah legasi kebanggaan negara. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Ahli Parlimen Pandan (Kiri) Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Sepang (Kanan) Hanifah Maidin dilihat sedang menuju keluar dari bangunan Parlimen selepas Rafizi berdebat mengenai isu GST semasa sidang berlangsung. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Wakil rakyat dilihat meninggalkan bangunan Parlimen ketika waktu makan tengah hari. Sesi perbahasan biasanya akan disambung semula selepas jam 2.30 petang. - Astro AWAI/SHAHIR OMAR
Set-set televisyen dikerumuni jurukamera untuk merakam visual ketika sesi perbahasan di Parlimen sedang berlangsung. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Pemberita duduk mengelilingi sebuah televisyen yang menayangkan sesi perbahasan Parlimen secara langsung sambil mendengar dan menaip intipati penting yang dibahaskan. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman dilihat meninggalkan sesi Parlimen ketika waktu rehat makan tengah hari di bangunan tersebut di Kuala Lumpur. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Seorang pegawai polis menjaga pintu masuk ke Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Sebagai langkah keselamatan, pegawai polis di situ turut ditugaskan untuk membuat imbasan ke atas beg-beg yang dibawa oleh pelawat. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang menjawab pertanyaan pemberita ketika sidang media yang berlangsung di lobi bangunan Parlimen di Kuala Lumpur. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Seorang wartawan sedang mendengar sesi perbahasan di bangunan Parlimen, tersenyum beberapa kali melihatkan gelagat Ahli Parlimen. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Komander Hamas muncul kembali di Gaza walaupun didakwa telah dibunuh oleh Israel
Cklamovski amal prinsip pintu terbuka pemain sertai Harimau Malaya
Program makanan percuma Indonesia jangkau 650,000 kanak-kanak setakat ini
AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir
AI ganti jutaan pekerjaan tetapi wujudkan ratusan juta lagi peluang - Timbalan Menteri Indonesia
Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
MIDF Amanah jangka inflasi Malaysia cecah 2.8 peratus pada 2025
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam