Sat Dec 30 2017


Peta yang menunjukkan lokasi pusat beli-belah Ampang Park. Ampang Park merupakan pusat beli-belah pertama di negara ini. - Astro AWANI/Shahir Omar

Ketua Penyelia Keselamatan Ibrahim Ali Hassan, 67 tahun telah berkhidmat lebih 44 tahun 6 bulan di pusat beli-belah Ampang Park, Kuala Lumpur. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Para pejalan kaki melalui jejantas bersebelahan pusat beli-belah Ampang Park Kuala Lumpur. Astro AWANI/ Shahir Omar

Zainuddin Mohamad, 55 tahun mengimbau kembali saat membeli hantaran untuk isteri beliau Norazinah Adam, 48 tahun di pusat beli-belah Ampang Park, Kuala Lumpur. - Astro AWANI/Shahir Omar

Orang ramai mengambil peluang membeli di salah sebuah kedai di pusat beli-belah Ampang Park Kuala Lumpur sebelum ditutup. - Astro AWANI/Shahir Omar

Kedai jahit milik Kelvin Chong pasti dikenali dalam kalangan pengunjung pusat beli-belah Ampang Park, Kuala Lumpur. - Astro AWANI/Shahir Omar

Tawaran yang dibuat oleh salah satu kedai kain sebelum kedai mereka ditutup. - Astro AWANI/Shahir Omar

Seorang wanita warga emas, Lim Ah Mooi , 64 tahun yang telah bekerja sebagai seorang pelayan di salah satu gerai makanan cina Ampang Food House. - Astro AWANI/Shahir Omar

Suasana di kedai makan cina Ampang Food House ketika waktu tengahari.

Mr. Narendra, 68 tahun yang mengambil alih perniagaan dari bapanya sewaktu beliau bujang dan dijodohkan dengan isterinya, Puan Narendra (duduk, belakang). Perniagaan yang berusia 38 tahun ini mungkin akan berehat seketika. - Astro AWANI/ Shahir Omar.

Peti surat bagi setiap lot kedai merupakan antara kenangan pasti dirindui oleh para pemilik kedai. - Astro AWANI/Shahir Omar

Pemilik kedai dan akademi gunting rambut, Richard Lee membuka kedai gunting rambut di pusat beli-belah Ampang Park pada tahun 1992. - Astro AWANI/Shahir Omar

Pengunjung mengambil gambar kenangan di pintu hadapan pusat beli-belah Ampang Park. - Astro AWANI/Shahir Omar

Sherly Music merupakan peniaga muzik yang dikenali dan menjadi sebutan di bibir pengunjung pusat beli-belah Ampang Park. - Astro AWANI/Shahir Omar

Pembangunan (Mass Rapid Transit) MRT fasa ketiga telah bermula bersebelahan pusat beli-belah Ampang Park Kuala Lumpur. - Astro AWANI/Shahir Omar

Ampang Park merupakan lokasi pertama buat Samsiah Abu, 51 tahun bekerja sebagai penyambut tetamu. - Astro AWANI/Shahir Omar

Peniaga di salah sebuah kedai di pusat beli-belah Ampang Park Kuala Lumpur mengemas barangan mereka di dalam kotak. Astro AWANI/Shahir Omar.

Salah seorang peniaga hadir ke premisnya untuk memantau kerja-kerja mengemas dan memindahkan barang-barang keluar daripada 'rumah' yang sekian lama mereka 'diami'. - Astro AWANI / Israr Khalid

Far East Jewellers & Watch, antara premis terawal yang membuka perniagaan di Ampang Park tiga tahun selepas pembukaan pusat beli-belah itu. - Astro AWANI / Israr Khalid

Salah satu peniaga perkhidmatan salun rambut meninggalkan kedai bersama beberapa perkakasan termasuk nombor telefon sekiranya ada pelanggan memerlukan khidmat di masa depan. - Astro AWANI / Israr Khalid

Ruang legar Ampang Park yang tersergam sejak 44 tahun lepas, pasti akan dirindui para pengunjung setianya. - Astro AWANI / Israr Khalid

Salah seorang peniaga masih sibuk menguruskan hal-hal berkaitan perniagaannya pada hari-hari terakhir premis barangan komputernya, Hydac Computer Centre di Ampang Park beroperasi sebelum meninggalkannya untuk selamanya. - Astro AWANI / Israr Khalid

Dollah Backer, antara restoran lama yang dipenuhi warga kota yang bekerja sekitar Ampang Park terutama setiap kali waktu makan tengahari. - Astro AWANI / Israr Khalid

Menghiasi Kuala Lumpur sejak 1973, akhirnya pemandangan ini akan berubah apabila bangunan ikonik Ampang Park akan diruntuhkan untuk memberi laluan kepada pembangunan MRT. - Astro AWANI / Israr Khalid

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
