Banjir Pantai Timur semakin serius, mula merebak ke Negeri Sembilan
Banjir yang melanda Pantai Timur semakin serius, hari ini ia mula merebak ke Negeri Sembilan.
Sat Dec 27 2014
Daerah Kemaman kini antara kawasan paling teruk dilanda banjir sehingga menyebabkan rumah penduduk di Bandar Baru Bukit Mentok ditenggelami air sehingga paras bumbung yang dapat dilihat ketika tinjauan fotoBernama di sini, hari ini.Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, Kemaman mencatatkan jumlah mangsa tertinggi 13,039 orang diikuti Dungun (4,971), Kuala Terengganu (3,082) orang, Hulu Terengganu (685), Besut (426), Marang (115) dan Setiu (lapan), kesemuanya ditempatkan di 116 pusat pemindahan.?-- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA
KOTA BAHARU, 24 Dis -- Kelihatan Tambatan Diraja telah dilimpahi air Sungai Kelantan yang melimpah berikutan hujan lebat ketika tinjauan fotoBernama disini, hari ini. Di negeri ini sahaja, 96 buah pusat pemindahan mangsa banjir telah dibuka. -- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA
KUALA KRAI, 22 Dis -- Jambatan gantung yang menghubungkan Kampung Kubang Puyu hampir hanyut akibat limpahan air dari Sungai Lata di Kampung Lata Rek dekat sini hari ini. Jumlah mangsa banjir di tujuh jajahan di Kelantan pada sebelah petang menurun kepada 16,125 orang berbanding 16,181 orang pada tengah hari dengan 5,330 keluarga ditempatkan di 53 pusat pemindahan. -- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA
KUALA KRAI, 22 Dis -- Sebuah rumah yang dibina di tebing Sungai Lata Rek, Kampung Lata Rek dekat sini kelihatan runtuh dan hampir dihanyutkan arus deras. -- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA
Situasi banjir di sekitar Pasir Hor, antara lokasi yang teruk dilanda banjir.
Situasi banjir di sekitar Rantau Panjang, antara lokasi yang teruk dilanda banjir.
Lihatlah apa yang telah berlaku kepada rumah kedai di sekitar Jalan Kota Bharu.
Sekitar Dusung Kelantan yang dinaiki air sehingga menyebabkan orang awam terputus hubungan. - Foto AWANI/Irwan
Sekitar Dusung Kelantan yang dinaiki air sehingga menyebabkan orang awam terputus hubungan. - Foto AWANI/Irwan
Sebahagian mangsa banjir yang dipindahkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Mulong terpaksa bermalam di pusat pemindahan itu selepas rumah mereka dinaiki air di Kota Bharu. Keadaan banjir di Kelantan bertambah buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat daripada 2,084 pada sebelah malam kepada 3,811 orang pagi 18 Disember.--fotoBERNAMA
BERANI: Beberapa anak kecil di Rantau Panjang dilihat tidak takut bermain dengan air. Sungai-sungai utama dilaporkan terus menyusut namun bacaan paras air di Sungai Golok, Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya 9 meter iaitu 10.42 meter. - EPA/STR
Menurut portal banjir kerajaan negeri Kelantan, kesemua mangsa ditempatkan di 56 buah pusat pemindahan berbanding 65 pusat malam Ahad. - EPA/STR
Seorang wanita kelihatan mengharungi banjir untuk membeli barang keperluan di Rantau Panjang.- EPA/STR
Misi Bantuan Kemanusian Biro Kebajikan Umno yang diketuai pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim tiba di Rantau Panjang untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan, Biro Kebajikan Umno Malaysia bagi mengagihkan bantuan peralatan dan dapat dimanfaatkan oleh 15,000 keluarga yang terjejas akibat banjir di Kelantan.-- fotoBERNAMA
TETAP TERSENYUM: Mangsa banjir, Mohd Saidi (kanan) sekeluarga menikmati makan tengah hari di beranda rumahnya di Kampung Lubok Gong dekat Pasir MAS dalam suasana banjir. Mungkin keadaan banjir di kampung tersebut tidak memerlukan beliau sekeluarga berpindah di pusat pemindahan banjir. -- fotoBERNAMA
Pusat Khidmat Amal dan Aktiviti Masyarakat Parlimen Ketereh KHADAM) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) membantu mengagihkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sekolah Kebangsaan Sri Rantau Panjang (2).-- fotoBERNAMA
Kapten Dr Mohd Khir Rezza (kiri) merawat pesakit mangsa banjir Amy Syahirah Zulkifli, 19, yang ditemani ibunya Rohana Abdullah, 45 (kanan) di Pusat Pemindahan Sekolah Kebangsaan Sri Rantau Panjang (2).-- fotoBERNAMA
Mariam Abdul Rahman, 22, menidurkan bayinya yang baru berusia 2 hari, Siti Aisyah Mohd Khairi di Sekolah Kebangsaan Balai Besar yang dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir di Dungun 21 Disember lalu.--fotoBERNAMA
Seorang penduduk Mohd Firdaus Mohd Yusuf, 25, terpaksa meredah arus yang deras di hadapan rumahnya untuk ke pusat pemindahan banjir ketika tinjauan di Rantau Panjang.--fotoBERNAMA
HAMPIR CECAH BUMBUNG: Keadaan banjir di Daerah Hulu Terengganu telah menunjukkan sedikit pemulihan pada 19 Disember lalu namun masih terdapat 20 pusat pemindahan yang perlu dibuka untuk menempatkan 1,283 orang mangsa dari 385 keluarga.-- fotoBERNAMA
Seorang penduduk Kampung Nangka Besut yang turut menjadi mangsa banjir duduk di hadapan pintu rumahnya yang dinaiki air banjir selepas tujuh buah kampung di Kuala Besut dilanda banjir. -- fotoBERNAMA
Sebahagian daripada mangsa banjir dari kampung berdekatan dipindahkan di Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi di Rantau Panjang selepas rumah mereka dilanda banjir ketika satu tinjauan.-- fotoBERNAMA
Ada setengah pemilik lori mengambil kesempatan menjana pendapatan dengan menawarkan perkhidmatan kepada orang ramai yang ingin menuju Pekan Rantau Panjang. Pekhidmatan ini wujud setelah laluan utama ke pekan dinaiki air dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan. Kadar tambang yang dikenakan adalah di antara RM10 sehingga RM20 untuk seorang.-- fotoBERNAMA
Pengawal keselamatan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menutup padar universiti selepas diisytiharkan cuti peristiwa berikutan dilimpahi air di sini, hari ini. -- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA
Dua remaja berusaha memindahkan barang keperluan dan kelengkapan rumah mereka menggunakan perahu dan tangki air selepas kawasan rumah mereka ditenggelami air di Kampung Paya. --fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA
Mazwin Amzah, 35, meredah air banjir yang melimpahi rumahnya di Kampung Sungai Belat semasa tinjauan fotoBernama, di sini hari ini. --fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA
Sebahagian rumah ditengelami air di Kampung Jerat China akibat limpahan air Sungai Galas disini hari ini. Sementara jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkat seramai 316 orang berbanding 1,328 pagi tadi kepada 1,644 orang tengah hari ini yang ditempatkan di 21 pusat pemindahan. --fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA
Orang ramai tidak dapat meneruskan perjalanan akibat limpahan air Sungai Durian di Jalan Kota Bharu-Gua Musang yang memutuskan hubungan pengangkutan darat di sini hari ini. Sementara itu, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkat seramai 316 orang berbanding 1,328 pagi tadi kepada 1,644 orang tengah hari ini, yang ditempatkan di 21 pusat pemindahan. --fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA
Mangsa banjir di selatan Thailand menggunakan bot sebagai cara untuk bergerak dari tempat ke satu tempat. Banjir yang semakin buruk di Pantai Timur Semenanjung juga telah memasuki kawasan perdagangan di Pattani, selatan Thailand. --fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA
'Roti sardin paling istimewa utk mangsa banjir alas perut di pagi yg dingin.'Datuk Shabery Cheek. Twitter/Datuk Shabery Cheek@shaberyc
INFO BANJIR 2014 : Suasana banjir di sekitar Pasar Besar Kuala Krai, Kelantan. FB/Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Pandangan dari atas di bandar Kota Bharu, Kelantan yang terjejas akibat banjir terburuk yang melanda negeri itu.
Pandangan dari atas bandar Kota Bharu dari atas Stadium Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan.
KUALA KRAU, 25 Dis -- Penduduk Kuala Krau meredah jalan Temerloh-Jerantut selepas dilanda banjir luar biasa di sini, hari ini. Kampung-kampung yang berada di kawasan persisiran Sungai Pahang dilanda banjir selepas Taman Negara Kuala Tahan dilanda banjir luar biasa. Sementara itu, Jabatan Meteologi meramalkan hujan lebat di Pantai Timur belarutan hingga minggu depan. -- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA
GUA MUSANG, 26 Dis -- Roziela Rosli, 23, bersama bayinya, Nur Ariana Batrisya Mohd Azan, 9 bulan, terpaksa bersesak dengan 2,077 mangsa banjir lain yang ditempatkan di pusat pemindahan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Inderaputra 1pada hari kelima selepas kediaman mereka dilanda banjir luar di sini hari ini. Bekalan eletrik dan air turut terputus sejak lima hari lepas. -- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA
PADANG BESAR, 25 Dis -- Kelihatan laluan utama yang menghubungkan Kangar ke Padang Besar masih ditenggelami air dan hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja ketika tinjauan fotoBernama di Kampung Balai Baru dekat sini, hari ini. Sehingga 4.30 petang tadi, seramai 278 mangsa telah dipindahkan di lima pusat pemindahan banjir di sekitar Kangar dan Padang Besar. --fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA
DUNGUN, 26 Dis -- Kelihatan rumah penduduk Kampung Nerang ditenggelami banjir ketika tinjauan di sini hari ini. Hampir 80 peratus kampung di sekitar Hulu Dungun dinaiki air berpunca dari limpahan air Sungai Dungun. Banjir yang melanda 20 buah kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi tersebut disifatkan penduduknya sebagai banjir terburuk sejak 1983 dan sebahagian daripadanya terputus hubungan darat. -- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA
DUNGUN, 26 Dis -- Kelihatan sebuah kenderaan tergelincir dari laluan selepas meredah air ketika tinjauan banjir di Jalan Lentang-Tok Kah di sini hari ini. Jalan berkenaan masih ditutup kepada kenderaan ringan setelah ditenggelami air sejak dua hari lepas. -- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA
KOTA BAHARU, 26 Dis -- Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir ketika melawat ke pusat penempatan banjir di SMK Pengkalan Chepa 1 Pengkalan Chepa di sini, hari ini. --fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA
Lihat bagaimana sengsaranya pelajar UMK dipindahkan. Foto oleh: Twitter @ashwadismail/Astro AWANI
Beberapa motosikal yang terkandas akibat jalan raya telah dinaiki air. Foto oleh Bob/Astro AWANI
Ada di antara mangsa banjir di Kelantan yang menanti usaha menyelamat di perhentian bas. Foto oleh Bob/Astro AWANI
Mangsa-mangsa banjir di Kelantan sedang berpindah. Foto oleh Bob/Astro AWANI
Beberapa mangsa banjir di Kelantan yang sedang menanti bantuan menyelamat. Foto oleh Bob/Astro AWANI
10 wartawan terkorban di Gaza pada Disember 2024
Dua bekas pengarah didenda guna wang syarikat bayar bonus diri sendiri
Amaran hujan berterusan di empat negeri ditamatkan - MetMalaysia
Sarawak negeri tunggal wujud pusat sehenti bantu tangani penyalahgunaan dadah
UNIFIL kecam tindakan Israel musnahkan menara pemerhati Lubnan
[TERKINI] Maswings ada nama baharu
Reman suspek bunuh remaja perempuan disambung
Operasi pencarian di tapak nahas Jeju Air ditamatkan
Reman suspek kes bunuh remaja perempuan disambung hingga Jumaat depan
Demi RM3,250, pempengaruh muda maut sahut cabaran minum arak