Mon Apr 28 2014


Kakitangan keselamatan AS menunggu ketibaan Presiden Barack Obama yang menggunakan penerbangan Air Force One di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang. (AP Photo / Lai Seng Sin).

Pesawat Air Force One yang membawa Presiden Amerika Syarikat Barack Obama selamat mendarat di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang pada pukul 4.50 petang Sabtu.-- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA

Barack Obama melambai sejurus ketibaannya di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang petang tadi. (Foto AFP / MANAN VATSYAYANA)

Presiden AS Barack Obama disambut oleh Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Joseph Y. Yun sejurus tiba untuk lawatan tiga hari di Malaysia. (AP Photo / Lai Seng Sin)

Presiden Barack Obama berjalan sambil diiringi Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. (AP Photo/Lai Seng Sin)

Seorang ejen perkhidmatan rahsia AS sebelum ketibaan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang. (AFP PHOTO / MANAN VATSYAYANA)

Presiden Obama melambai di pangkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang, sebelum bergegas ke Parlimen. Beliau diiringi Menteri Luar Negeri Anifah Aman.(AP Photo/Lai Seng Sin)

Presiden Barack Obama berjalan selepas upacara sambutan negara di Parlimen pada hari Sabtu.(AP Photo/Vincent Thian)

Presiden Barack Obama tiba untuk sambutan rasmi di parlimen. Obama disambut Yang Dipertuan Agong yang kemudiannya mengiringi beliau ke Dataran Parlimen. (AP Photo/Carolyn Kaster)

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memeriksa perbarisan kehormat Batalion Pertama Askar Melayu Diraja sempena sambutan rasmi presiden itu di Dataran Parlimen di sini, hari ini.---fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA

Kenderaan rasmi Presiden Amerika Syarikat jenis Cadillac One "The Beast" menunggu di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang, sebaik sahaja Barack Obama selamat mendarat bagi memulakan lawatan tiga hari di ibu negara bermula hari ini. --fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA

Seorang pegawai perkhidmatan rahsia sedang berkawal di hadapan pesawat rasmi presiden AS, Barack Obama. Obama memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia bermula Sabtu. AFP PHOTO / MANAN VATSYAYANA

Dari kiri perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,Yang Dipertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, presiden AS Barack Obama dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Sultanah Hajjah Haminah Hamidun di Majlis Jamuan Negara. Foto AFP

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menyampaikan ucapannya di Majlis Jamuan Negara pada Sabtu malam. Turut meraikannya, Yang Dipertuan Agong dan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. (AP Photo/Carolyn Kaster)

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pada Majlis Jamuan Negara Meraikan Presiden Amerika Syarikat ke Malaysia.--fotoBERNAMA (2014)

Presiden AS barack Obama melawat Masjid Negara di Kuala Lumpur bersama Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad (kedua dari kanan) dan Abdul Rashid Md Isa (kiri). (AP Photo/Carolyn Kaster)

Presiden AS Barack Obama memberikan penghormatan di Makam Pahlawan dimana dua mantan Perdana menteri dan dua mantan timbalan Perdana Menteri telah disemadikan. Beliau diiringi oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad (kanan) dan Abdul Rashid Md Isa (kiri). (AP Photo/Carolyn Kaster)

Presiden AS Barack Obama, bersama Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad (Di belakang Obama) dan Abdul Rashid Md Isa (kiri), mengunjungi Makam Pahlawan dimana dua mantan Perdana menteri dan dua mantan timbalan Perdana Menteri disemadikan. (AP Photo/Carolyn Kaster)

Presiden AS Barack Obama, bersama Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad (kanan) dan Abdul Rashid Md Isa (kiri) berjalan ke arah Makam Pahlawan dimana dua mantan Perdana menteri dan dua mantan timbalan Perdana Menteri telah disemadikan. (AP Photo/Carolyn Kaster)

Suasana di Seri Perdana, Putrajaya menunggu ketibaan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk sidang akhbar. Gambar oleh @ rizalzulkapli

Suasana di Seri Perdana, Cyberjaya di mana Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan sidang akhbar bersama tengah hari ini. Gambar oleh @ rizalzulkapli

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama tiba di Seri Perdana, Putrajaya untuk mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Gambar oleh @ rizalzulkapli

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bersalaman dengan presiden Barack Oboma sejurus tiba di kediaman perdana menteri di Putrajaya siang tadi. Pertemuan mereka disusuli mesyuarat dua hala. (AP Photo/Charles Dharapak)

Datuk Seri Najib Tun Razak memuatnaik gambar 'selfie'nya bersama presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menerusi laman twitternya.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang dalam rangka lawatan ke negara ini akan menyampaikan ucapan kepada sekumpulan pemimpin belia ASEAN petang Ahad. (Twitter YSEALI)

Rombongan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama tiba di Universiti Malaya bagi menyampaikan ucapan dan sesi bersama sekumpulan pemimpin belia ASEAN.(Astro AWANI / SHAHIR OMAR)

Presiden AS Barack Obama bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melawat Pusat Inovasi Global dan Kreativiti Malaysia di Cyberjaya pada Ahad, 27 April. Foto oleh AP/Carolyn Kaster.

Presiden Obama dan Najib Tun Razak bersama peserta yang terlibat dalam sesi bersama MaGIC, Cyberjaya. (AP Photo/Carolyn Kaster)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melihat Presiden Amerika Syarikat Barack Obama beramah mesra dengan peserta-peserta program 'Code for Malaysia'. --fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA

Presiden Barack Obama berucap dalam satu town hall di Universiti Malaysia pada Ahad. (AP Photo/Carolyn Kaster)

Presiden Barack Obama tiba di Universiti Malaysia untuk berucap di hadapan pemimpin muda ASEAN. (AP Photo/Carolyn Kaster)

Presiden Barack Obama mendengar dengan teliti setiap soalan yang diajukan kepadanya sewaktu town hall bersama pemimpin muda ASEAN. (AP Photo/Carolyn Kaster)

Presiden Barack Obama bersemangat berucap di hadapan pemimpin muda ASEAN di Universiti Malaysia pada Ahad. (AP Photo/Carolyn Kaster)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menyaksikan majlis menandatangani perjanjian perdagangan antara tiga syarikat Malaysia dengan syarikat Amerika Syarikat di Hotel Ritz Carlton di sini hari ini. Antara syarikat yang terlibat ialah AirAsia X yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia Berhad, Tan Sri Tony Fernandez (duduk, kiri) dengan GE (General Electric) yang diwakili oleh Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif GE Global Growth & Operations, John G Rice (duduk, kanan). --fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA

President Barack Obama, standing right, and Malaysian Prime MinistPresiden Amerika Syarikat Barack Obama dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, bertepuk tangan ketika majlis menandatangani perjanjian komerisial di Ritz Carlton Hotel di Kuala Lumpur pada April 28, 2014. Perjanjian dilakukan antara Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Verdezyne Bill Radany (kanan) dan Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad Tan Sri Dato 'Seri Mohd Bakke Salleh. (AP Photo / Carolyn Kaste

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bersalaman dengan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin selaku Menteri Pengiring setelah melakukan lawatan tiga hari ke Malaysia di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang pada April 28, 2014. Turut kelihatan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman (dua, kiri).--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 28 April -- Presiden Amerika Syarikat Barack Obama melambaikan tangan sebelum berlepas pulang setelah melakukan lawatan tiga hari ke Malaysia ketika ditemui di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang. --fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA

Air Force One yang membawa Presiden Amerika Syarikat berlepas dari pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang. AWANI / SHAHIR OMAR

Penasihat keselamatan negara Amerika Syarikat, Susan Rice bertemu dengan pemimpin pembangkang dan PKR Dato Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung PAS Dato Mustafa Ali dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Ritz Carlton Hotel, Kuala Lumpur pada April 28, 2014 Gambar diambil ihsan dari White House

Penasihat keselamatan negara Amerika Syarikat, Susan Rice bertemu dengan pemimpin pembangkang dan PKR Dato Seri Anwar Ibrahim di Ritz Carlton Hotel, Kuala Lumpur pada April 28, 2014 Gambar diambil ihsan dari White House.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.