Wed Aug 21 2013
Stadium Luzhniki di Moscow disirami letupan bunga api ketika Upacara Pembukaan Kejohananan Olahraga Dunia yang berlangsung hingga 18 Ogos.
Para sukarelawan membawa model karikatur 'Battleship Potemkin' ketika Upacara Pembukaan Kejohanan Olahraga Dunia di Stadium Luzhniki di Moscow pada 10 Ogos lalu.
Atlit dekatlon Amerika Syarikat, Ashton Easton membuat lompatan penyudah ketika beraksi dalam acara lompat jauh pada Kejohanan Olahraga Dunia di Stadium Luzhniki, Moscow pada 10 Ogos lalu.
Atlit heptatlon Belanda, Nadine Broersen (kanan) terjatuh ketika cuba cuba menyaingi atlit Amerika Syarikat, Sharon Day dalam acara lari 100 meter berpagar.
Peserta New Zealand Valerie Adams yang layak ke peringkat akhir acara lontara peluru cuba membuat lontaran padunya demi meraih pingat dalam Kejohanan Olahraga Dunia 2013.
Atlit lompat kijang dari Greece, Niki Panetta cuba melompat dengan lebih baik ketika beraksi dalam peringkat kelayakan acara lompat kijang pada Kejohanan Olahraga Dunia 2013 di Moscow.
Atlit acara olahraga 5000 meter dari Britain, Mo Farah sedang bersiap sedia untuk memulakan aksi ketika peringkat saringan dalam Kejohanan Olahraga Dunia 2013.
Atlit sensasi Russia Yelena Isinbayeva beraksi dalam acara lompat bergalah di Stadium Luzhniki, Moscow.
Atlit Rusia Yelena Isinbayeva begitu terharu apabila memenangi pingat emas dalam acara lompat bergalah dalam Kejohanan Olahraga Dunia 2013 di Moscow.
Atlit Trinidad dan Tobago Jehue Gordon (kiri) dan atlit Amerika Syarikat, Michael Tinsley bersama-sama mencuba untuk berlari dan mencecah ke garisan penamat dalam acara 400-meter lari berpagar.
Atlit Kenya, Ezekiel Kemboi menunjukkan mesej yang terpapar pada bajunya selepas memenangi pingat emas dalam acara 3000 meter lumba jalan kaki pada Kejohanan Olahraga Dunia 2013.
Atlit Amerika Syarikat, Queen Harrison sedang bersiap sedia sebelum memulakan larian saringan 100-meter berpagar wanita.
Meski negaranya dilanda konflik dalaman, atlit Egypt Salma Emam Abou El-Hassan yang mengenakan hijab tiada masalah dalam lariannya dalam acara 100-meter berpagar.
Atlit Sepanyol, Ruth Beitia begitu teruja dengan lompatan terakhirnya dalam acara lompat jauh.
Atlit China, Zheng Xingjuan cuba membuat lompatan terbaiknya dalam acara lompat tinggi.
Atlit Jamaica dan pemenang pingat emas Olimpik, Shelley-Ann Fraser-Pryce begitu gembira apabila kuartet Jamaica memenangi acara akhir 4x100 meter di Stadium Luzhniki, Moscow.
Pelari sensasi Jamaica, Usain Bolt (kanan) memecut deras setelah menerima baton dari rakannya Nickel Ashmeade dalam acara 4x100 meter lari berganti-ganti.
Wakil penganjur untuk Kejohanan Olahraga Dunia 2015 di Beijing mengambil bahagian dalam Upacara Penutup Kejohanan Olahraga Dunia 2013 di Stadium Luzhniki, Moscow.
(Dari kiri) Menteri Sukan Rusia, Vitaly Mutko, Timbalan Datuk Bandar Moscow Alexander Gorbenko, Presiden Persekutuan Olahraga Rusia Valentin Balakhnichev menutup kejohanan olahraga dunia.Moscow, Russia, Sunday, Aug. 18, 2013. (AP Photo/Ivan Sekretarev)
Sistem Japan Airlines alami serangan siber, ribuan pelanggan berdepan kelewatan
Syarikat Penerbangan Jepun, Japan Airlines (JAL) mengesahkan bahawa sistem elektroniknya mengalami serangan siber hari ini. Memetik laporan Reuters, serangan yang bermula sekitar 7.24 pagi Isnin waktu tempatan itu telah menyebabkan kelewatan beberapa penerbangan domestik dan antarabangsa.
Israel umum bina pos tentera di Bukit Golan
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengumumkan bahawa pihaknya berhasrat membina pos tentera dalam zon penampan yang telah dinyah tenterakan di Bukit Golan, Barat Daya Syria.
Angka korban terkini di Palestin terus meningkat
Angka kematian terkini rakyat Palestin akibat serangan berterusan rejim Zionis meningkat kepada 45,361 orang dan jumlah kecederaan setakat ini meningkat kepada 107,803.
[TERKINI] Telegram dan WeChat mula proses pelesenan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengumumkan bahawa Telegram dan Tencent (WeChat) telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk mereka
Temui karakter kandungan Astro di Home of Kids
Orang ramai dijemput hadir ke Home of Kids yang berlangsung selama empat hari bermula 26 hingga 29 Disember dari jam 10.30 pagi hingga 9 malam di IOI Grand Convention Centre, IOI City Mall, Putrajaya.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat pergolakan di Mozambique
Wisma Putra memaklumkan, tiada rakyat Malaysia di Mozambique terjejas akibat pergolakan yang berterusan yang kebanyakannya memberi kesan di kawasan bandar, termasuk ibu negara Maputo.
Pegawai pengurus gudang didakwa seleweng barang kawalan
Seorang pegawai pengurus gudang borong dan runcit sebuah pasar raya didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas atas pertuduhan memindahkan barang kawalan iaitu minyak masak berjumlah 2.41 tan dan gula pasir kasar berjumlah 480 kilogram pada 14 Januari lepas.
AWANI Ringkas: Dua beranak maut, empat cedera kemalangan di WCE
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir di Lipis pulih sepenuhnya
Mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit dan PPS Masjid Kampung Beletik dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sekitar 12.20 tengah hari tadi.
Dua Dekad Tsunami: Aceh bertafakur tiga minit
Majlis khas sempena memperingati 20 tahun tsunami Aceh dengan tema Aceh Thanks The World sekali gus mengangkat iltizam rakyat Aceh Beranjak dari Masa Lalu, Menuju Masa Depan Bersyariat.