Sat Jun 04 2016


Dalam imej bertarikh 25 Mei, 1965 ini, juara tinju Muhammad Ali yang pernah dikenali sebagai Cassius Clay, berdiri dalam cubaan untuk menewaskan Sonny Liston dalam satu perlawanan di Lewiston, Maine. Muhammad Ali meninggal dunia selepas dimasukkan ke hospital di Phoenix, Arizona selepas mengalami kesukaran bernafas. - Foto AP/John Rooney

Dalam foto bertarikh 26 Julai, 1976 ini, bekas juara tinju heavyweight Muhammad Ali kelihatan sedang mempamerkan aksi beliau mengelak dari terkena sepakan peninju, Antonio Inoki di Tokyo. Perlawanan tersebut sepatutnya tidak berlangsung seperti kata Floyd Mayweather Jr. dan Connor McGregor. Namun, pelbagai perkara menarik berlaku sewaktu perlawanan. Foto AFP

Bekas juara tinju heavyweight dunia, Muhammad Ali meninggal dunia pada Jumaat (waktu tempatan) pada usia 74 tahun. Beliau masyhur sepanjang kerjaya sukan tinju heavyweight yang menjangkau tiga dekad dan terkenal dengan panggilan "The Greatest". Keadaan kesihatan Muhammad Ali semalam dilaporkan semakin tenat, kata sumber yang rapat dengan keluarga ahli sukan itu. - Foto AFP/Maria Bastone

Foto bertarikh 15 Januari, 1998 ini menunjukkan bekas juara heavyweight dunia, Muhammad Ali menunaikan ibadah dalam suatu upacara keagamaan dalam bulan Ramadan di istana di Rabat. Ikon tinju itu menghembuskan nafas terakhirnya di usia 74 tahun di sebuah hospital di Phoenix, Arizona pada Jumaat (waktu tempatan). - Foto AFP/Abdelhak Senna

Imej bertarikh 15 Januari, 1998 ini menunjukkan bekas juara 'heavyweight' dunia, Muhammad Ali menunaikan ibadah dalam suatu upacara keagamaan dalam bulan Ramadan di istana di Rabat. Ikon tinju itu menghembuskan nafas terakhirnya di usia 74 tahun di sebuah hospital di Phoenix, Arizona pada Jumaat (waktu tempatan). Foto AFP/Abdelhak Senna

Imej bertarikh 21 Oktober, 1996 ini menunjukkan Muhammad Ali berjenaka dengan kumpulan jurugambar dalam satu sidang media di Jakarta, Indonesia. Ikon tinju berikut meninggal dunia pada Jumaat, menurut jurucakap dalam satu kenyataan. - Foto AFP/John MacDougall

Imej bertarikh 1 September, 1994 ini menunjukkan Muhammad Ali berjenaka dengan seorang lelaki berusia 79 tahun ketika beliau melawat Pusat Penjagaan Rumah Orang Tua di Macau. - Foto AFP/Mike Fiala

Bekas juara tinju heavyweight memandang ke arah kamera ketika Hospital St. Joseph's di Phoenix, Arizona pada 22 Februari, 2012 lalu. - Foto AFP/Ross D.Franklin
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Kes tercekik 'gummy': Keluarga reda, enggan salahkan mana-mana pihak
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
