Sat May 19 2018


Putera Harry dan buah hatinya, aktres Amerika Syarikat, Meghan Markle akhirnya mengikat tali percintaan mereka dengan perkahwinan di Gereja St George yang terletak di Istana Windsor, di London - Foto Danny Lawson/pool photo via AP

Mengenakan busana rekaan pereka Britain, Clare Waight Keller, Markle diiringi oleh bapa Harry, Putera Charles ketika berjalan selepas bapanya tidak dapat hadir ekoran masalah kesihatan. - Foto Brian Lawless/pool photo via AP

Abang Putera Harry, Putera William (kanan) hadir pada majlis perkahwinan bersama beliau. William turut menjadi pengapit buat Harry pada majlis yang berlangsung penuh gilang gemilang. - Foto Ian West/Pool via REUTERS

Antara 600 tetamu yang hadir termasuk Oprah Winfrey, George dan Amal Clooney, David dan Victoria Beckham serta Sir Elton John. - Foto Dominic Lipinski/Pool via REUTERS

Meghan Markle diihat menggayakan gaun pengantin putih salju hasil sentuhan pereka Britain, Clare Waight Keller. - Foto Brian Lawless/pool photo via AP

Diangkat sebagai 'wedding of the year', ikatan cinta pasangan ini, Putera Harry dan Meghan Markle mencipta sejarah dalam kalangan keluarga diraja British. - Foto Danny Lawson/pool photo via AP

Pewaris kelima dalam keluarga diraja Britain itu hampir mengalirkan air mata apabila melihat cinta hatinya buat kali pertama dalam gaun putih yang menawan hasil rekaan pereka British, Clare Waight Keller. - Foto Ian West/Pool via REUTERS

Terdahulu, Ratu Elizabeth II turut menganugerahkan gelaran Duke of Sussex kepada Putera Harry, sekali gus Markle menjadi Duchess of Sussex. - Foto Jonathan Brady/pool photo via AP

Gereja St George menjadi saksi kepada tempatnya pasangan diraja ini mengikat tali percintaan sebelum diarak menaiki kereta kuda tidak berbumbung melalui semua jalan di Windsor. - Foto Dominic L

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
