Di sebalik tabir 'Doctors In The House'
Astro AWANI menyediakan sebuah program khas Doctors In The House yang akan bersiaran pada 10 Julai ini, jam 8.15 malam.
Mon Jul 09 2018
Ini wajah pemimpin pertama yang berjaya melakar sejarah apabila menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua. Tun Dr Mahathir Mohamad juga mencatat sejarah sebagai PM tertua dunia pada usia 92 tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif Astro AWANI, Suhaimi Sulaiman dan Timbalan Ketua Pengarang Astro AWANI, Kamarul Bahrin di lokasi pengambaran 'Doctors in The House', sebuah program khas terbitan Astro AWANI (Saluran 501) pada jam 8.15 malam Selasa.
Warga kerja Astro AWANI memberi penjelasan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum memulakan pengambaran program istimewa 'Doctors in The House' yang bakal bersiaran secara eksklusif di Astro AWANI (Saluran 501) pada Selasa, jam 8.15 malam.
Lukisan Tun Dr Mahathir Mohamad yang disemadikan di kediaman Perdana Menteri tersebut. Buat temu janji anda dengan PM Tun Dr Mahathir dalam 'Doctors in the House', sebuah program khas terbitan Astro AWANI yang bakal bersiaran di saluran 501 Astro AWANI pada Selasa, jam 8.15 malam.
Ketua Pegawai Eksekutif Astro AWANI, Suhaimi Sulaiman berbincang bersama wartawan Astro AWANI, Isabelle Leong dan Maryam Azmi sebelum memulakan pengambaran 'Doctors in The House' di kediaman Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, baru-baru ini.
Foto hitam putih Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama keluarganya yang dapat dilihat di kediamannya, baru-baru ini.
Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah sebelum memulakan pengambaran 'Doctors in the House' yang akan ditayangkan pada jam 8.15 malam di Astro AWANI, Selasa ini.
Anak-anak warga Astro AWANI membuat kejutan sempena sambutan ulang tahun kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad yang ke-93 di kediaman Perdana Menteri sewaktu penggambaran 'Doctors in the House' terbitan Astro AWANI, baru-baru ini. 'Doctors in the House' akan disiarkan pada Selasa pada jam 8.15 malam, eksklusif di Astro AWANI.
Doktor pakar jantung, Tan Sri Dr Yahya Awang merupakan tetamu khas program 'Doctors in The House' yang akan membincangkan topik penjagaan kesihatan.
Wajah tenang Tun Dr Siti Hasmah yang dapat dirakamkan oleh warga kerja Astro AWANI sewaktu penggambaran 'Doctors in the House' di kediaman Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini. Tun Dr Siti Hasmah akan sentiasa memastikan dirinya mendampingi suami tercinta yang juga Perdana Menteri Malaysia ketujuh tersebut.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sempat berkongsi gelak tawa bersama Tan Sri Yahya Awang sewaktu penggambaran 'Doctors in The House' yang akan disiarkan di Astro AWANI pada jam 8.15 malam Selasa ini.
Warga kerja Astro AWANI menyajikan intipati menarik dalam program 'Doctors in The House' yang akan bersiaran jam 8.15 malam 10 Julai ini sempena ulang tahun kelahiran Tun Dr Mahathir yang ke-93.
Wajah tenang Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di saat menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-93 di samping isteri tercinta, Tun Dr Siti Hasmah. Astro AWANI bakal menyiarkan program 'Doctors in the House' pada 10 Julai jam 8.15 malam.
Apa agaknya inti pati temubual santai oleh ketiga-tiga tokoh dengan latar belakang perubatan ini? Apa yang pasti, ia berkisarkan topik penjagaan kesihatan. Saksikan program, 'Doctors in The House' pada jam 8.15 malam, Selasa (10 Julai).
Senyuman manis yang dihadiahkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu bergambar bersama wartawan Astro AWANI, Cynthia Ng selepas pengambaran 'Doctors in The House' baru-baru ini.
Warga kerja Astro AWANI bergambar bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah selepas selesai pengambaran program 'Doctors In The House' di kediaman Perdana Menteri tersebut baru-baru ini.
Uzbekistan cadang kumpulan pakar bersama tangani Islamofobia melalui dialog
Pilihan raya Delhi: Pemberian percuma jadi taruhan politik
Presiden Uzbekistan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Dua bekas juruterbang Japan Airlines digantung tugas kerana berbohong minum arak
Ciri baharu jadikan penjejakan pedati Thaipusam lebih menarik
Ahli sains China bangunkan model baharu AI bagi ramalan siklon
Singapura hantar bantuan kemanusiaan ketujuh ke Gaza
Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis
Bekas ketua NATO, Stoltenberg dilantik sebagai Menteri Kewangan Norway
Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal