Thu Oct 16 2014
Seorang remaja berdiri berdekatan dengan sebuah motosikal beroda tiga yang diselubungi debu akibat dari letupan Gunung Sinabung di kampung Guru Kinayan, Sumatera Utara, Indonesia, pada Ahad 12 Oktober 2014. Gunung Sinabung adalah antara 130 gunung berapi yang aktif di Indonesia telah meletus secara berkala sejak 2010 selepas tidak aktif selama 400 tahun. - Gambar AP/Binsar Bakkara
Kelihatan beberapa warga Palestin berjalan ketika matahari terbenam di serpihan runtuhan bangunan kawasan Shijaiyah, Bandar Gaza yang terletak di utara Semenanjung Gaza pada Ahad 12 Oktober 2014. Sebuah kumpulan yang diwakili kira-kira 50 buah negara, 20 wilayah dan beberapa organisasi antarabangsa telah menyertai persidangan sumbangan dana di Kaherah, Mesir untuk membantu penduduk Gaza membina semula bandar mereka berikutan peperangan antara Israel dan kumpulan Hamas yang lalu. - Gambar AP/Adel Hana
Paderi Charles Burton berbaring di atas sebuah lukisan kapur bagi memperingati Michael Brown di jalan berdekatan balai polis Ferguson, pada Ahad 13 Oktober 2014. Para aktivis merancang mengadakan satu bantahan beramai-ramai bagi membantah insiden tembakan terhadap Brown pada Ogos dan tembakan kedua oleh polis di St. Louis minggu lepas. - Gambar AP / Charles Rex Arbogast
Penduduk dari etnik Tamil dari Sri Lanka berlari ke arah keretapi "Queen of Jaffna" selepas ia tiba di Jaffna pada Isnin, 13 Oktober 2014. Perkhidmatan itu disambung semula selepas 24 tahun digantung ekoran perang saudara di negara itu. Gambar AP / Eranga Jayawardena
Aksi bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton ketika berucap di perhimpunan bagi menyokong Gabenor Dannel P. Malloy, pada Isnin, 13 Oktober 2014 di Hartford, Connecticut, Amerika Syarikat. - Gambar AP/Jessica Hill
Nelayan-nelayan di Filipina mengangkat serawan jala kosong di Teluk Anibong, Tacloban di pantai timur Leyte, yang musnah pada tahun 2013 akibat dibadai taufan Haiyan. Haiyan dikatakan sebagai ribut paling kencang melanda kawasan itu yang menyebabkan lebih 7,000 orang mati atau hilang selain memusnahkan seluruh bandar itu pada 8 November 2013. Gambar AFP/Noel Celis
Gambar yang diambil pada 14 Oktober 2014 menunjukkan satu letupan besar berlaku di bahagian selatan bandar Maarat al-Numan di wilayah Idlib Syria. Letupan itu dilaporkan berpunca daripada kegiatan pemberontak Ahrar al-Sham. - Gambar AFP/Al-Maarra Today/Ghaith Omran
Ibrahim Wafula (kanan) dan Dedan Ireri, pemain bola sepak kurang upaya kebangsaan Kenya sedang menjalani latihan di padang Pangani, Nairobi pada 14 Oktober 2014 sebagai persiapan Piala Dunia Bola Sepak Kurang Upaya ke-4 yang akan diadakan di Mexico dari 30 November hingga 8 December 2014.- Gambar AFP/Simon Maina
Bahang lahar gunung berapi yang membakar persekitaran kaki Gunung Berapi Sinabung di Indonesia yang menyebabkan penduduk kampung meninggalkan kediaman untuk menyelamatkan diri. Gambar dirakam ketika berlakunya letusan gunung berapi yang dapat dilihat dari daerah Karo di Pulau Sumatera pada 14 Oktober 2014. Gambar AFP / Sutanta Aditya
Kelihatan seorang kanak-kanak berkongsi popcorn atau bertih jagung di Mare, Rio de Janeiro, Brazil pada Rabu 15 Oktober 2014. - Gambar AP/Felipe Dana
Parlimen bakal anjur program lahir generasi lebih peka fungsi Parlimen
Parlimen Malaysia akan mengadakan program dengan usahama sekolah-sekolah menengah luar bandar dalam misi untuk terus merakyatkan institusi parlimen.
Hanya 30 peratus anggota bomba Pulau Pinang dibenarkan cuti Tahun Baharu Cina
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang hanya membenarkan 30 peratus daripada 935 pegawai dan anggotanya bercuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
Agenda AWANI: Trump 2.0 | Jangkaan awal
Dengan kembali ke Rumah Putih, Donald Trump sebagai Presiden AS ke-47 dijangka melaksanakan beberapa langkah kontroversi sebagai janjinya untuk menjadikan Ámerika Hebat Kembali’. Sejauh mana ia signifikan untuk hubungan antarabangsa? Diskusi 9 malam
AWANI Tonight | 20 Jan 2025
AWANI Tonight | 20 Jan 2025
KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.
Sze Fei-Nur Izzuddin disaran lebih selektif pilih kejohanan - Razif
Beregu nombor satu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani disaran supaya hanya mengambil bahagian dalam kejohanan peringkat tertinggi yang berstatus sekurang-kurangnya Super 750.
Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.
AWANI Tonight: Will tariffs take centre stage in Trump’s first 100 days?
Southeast Asian companies are preparing for the impact of stricter tariffs under Donald Trump’s second term, and Malaysia is no exception. Astro AWANI correspondent Faye Kwan looks at the implications ahead of his inauguration with Prof Saeed Khan from Wayne State University.
Dagangan Malaysia berkembang seiring prospek WTO - MITI
Perdagangan Malaysia dijangka berkembang seiring dengan prospek yang diterbitkan oleh WTO, yang mengunjurkan jumlah dagangan barangan global tumbuh sebanyak tiga peratus.
Pemimpin kehakiman perlu berani, teguh tegakkan keadilan - Tengku Maimun
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menekankan kepentingan pemimpin kehakiman mengekalkan keberanian dan keteguhan dalam memperjuangkan keadilan.