Wed Dec 30 2015
Sejak 25 tahun yang lalu sukan berkuda di Kelantan telah mula berkembang dan masyarakat tempatan di sana pula menternak baka-baka kuda sebagai pengisi masa lapang. Kelihatan di sini seorang joki memerhatikan kudanya merenggangkan otot sebelum perlumbaan bermula di pantai Kubang Golok Kelantan. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Seorang bapa yang mengalami lumpuh Rosli Hamid, sedang merenung jauh bersama dua anaknya di SK Yamtuan Hitam, Tanjung Ipoh, Kuala Pilah Negeri Sembilan. Dedikasi seorang ayah terserlah apabila setiap hari Rosli menghantar dan menjemput pulang kedua-dua anaknya itu meskipun hanya berkerusi roda. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Selangor muncul juara Piala Malaysia 2015 selepas menewaskan Kedah dengan jaringan 2-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam. Pasukan Merah Kuning itu mendahului seawal minit ke-3 dengan gol pertama melalui rembatan bergaya Hazwan Bakri.- Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Umat Islam di Malaysia menunaikan solat sunat Tarawikh di Masjid Negara sempena ketibaan bulan Ramadan tahun ini. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Satu tunjuk perasaan telah diadakan berhampiran Dataran Merdeka pada 30 Ogos lalu. Perhimpunan "Baju Kuning" oleh penganjur Bersih 4.0 itu antara lain menuntut pilihan raya yang lebih telus dan adil. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Anggota polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) sedang menenangkan suasana sewaktu tunjuk perasaan kumpulan "Baju Merah" yang diadakan di Jalan Petaling Kuala Lumpur pada 16 September 2015. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Cerita Banjir Mat Taha Husin, 65, yang kelihatan berdiri di hadapan kediamannya yang musnah akibat banjir besar yang melanda Gua Musang di Kelantan awal tahun ini. Gambar diambil pada 11 November lalu. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim mengusung keranda jenazah Tunku Abdul Jalil. Turut kelihatan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim. Almarhum Tunku Abdul Jalil mangkat akibat barah hati pada 5 Disember lalu - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Seorang wanita bersama anaknya melihat kesan kemusnahan akibat banjir besar yang melanda kawasan kediaman mereka di Manek Urai Lama, Kuala Krai, Kelantan pada 24 Januari lalu. Dianggarkan banjir menyebabkan kerugian lebih RM200 juta. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Puluhan ribu rakyat mengiringi jenazah Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan. Mursyidul Am PAS itu meninggal dunia pada usia 84 tahun Februari lalu di kediamannya. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
LPNM bangunkan Pusat Pemprosesan Sisa, komited perkukuh rantaian industri nanas
Pusat Pemprosesan Sisa Nanas dijangka beroperasi pada suku pertama tahun ini, dengan peruntukan RM2 juta disalurkan KPKM untuk pelbagai projek pembangunan berkaitan sisa nanas.
Skuad Insan Madani KESUMA telah laksana lima misi pascabanjir di Pantai Timur
Skuad Ihsan Madani Wira Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah berjaya melaksanakan lima misi pascabanjir di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
PERNAS salur pembiayaan sebanyak RM461 juta kepada 2,283 usahawan francais sejak 2014 - Ewon
PERNAS agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM461 juta kepada 2,283 usahawan francais di seluruh negara sejak 2014.
SKAS guna kaedah S Pay pastikan penerima belanja untuk keperluan asas - Abang Johari
Penggunaan aplikasi e-dompet S Pay untuk menyalurkan SKAS bertujuan memastikan bantuan diberikan untuk keperluan asas sahaja, sekali gus mengelakkan penyalahgunaan bantuan.
Kampung Bendang Perol: Penduduk tidak pernah letih melawan arus banjir
Semangat penduduk Kampung Bendang Perol di Rantau Panjang yang terkenal dengan julukan "kampung banjir lambat surut' atau banjir termenung itu tidak pernah luntur.
Mesir, AS bincang perkembangan di Gaza dan Syria
Badr Abdel Aati mengadakan perbincangan melalui panggilan telefon dengan Antony Blinken pada Ahad berhubung perkembangan terkini di Semenanjung Gaza dan Syria.
Jumlah perdagangan Afghanistan melebihi US$12 bilion pada 2024
Jumlah keseluruhan perdagangan Afghanistan pada 2024 melebihi US$12 bilion, mencatatkan peningkatan 38 peratus dalam import berbanding tahun sebelumnya dan penurunan empat peratus dalam eksport.
Tumpuan Isnin – 6 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (05 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konflik Asia Barat: Rakyat Syria kembali ke kampung, kebumikan ahli keluarga
Pernah menjadi kubu kuat pembangkang semasa era presiden Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad, penduduk Jobar berkata ia adalah kawasan larangan bagi mereka sejak 2018.