Mon Jun 08 2015


Runtuhan besar berlaku di Gunung Kinabalu berikutan gempa bumi di Sabah hari ini. Seramai 137 pendaki masih terperangkap di atas Gunung Kinabalu berikutan kejadian itu. Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah menyebabkan gegaran dirasai di Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud. -fotoBERNAMA

Beberapa runtuhan besar berlaku di atas Puncak Gunung Kinabalu berikutan gempa bumi di Sabah hari ini. Seramai 137 pendaki masih terperangkap di atas Gunung Kinabalu berikutan kejadian itu. Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah menyebabkan gegaran dirasai di Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud. -fotoBERNAMA

Sebahagian daripada 30 malim Gunung Kinabalu menyertai misi menyelamat pendaki-pendaki yang terkandas di puncak gunung tertinggi Asia Tenggara itu di sini akibat gempa bumi di Sabah pagi tadi.?Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku pada 7.15 pagi tadi, yang berpusat di 16km barat laut Ranau.?Berikutan itu, Taman Kinabalu hari ini ditutup untuk aktiviti pendakian. -fotoBERNAMA

Malim Gunung Kinabalu membawa turun seorang kanak-kanak yang cedera akibat gempa bumi hari ini. Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah menyebabkan gegaran dirasai di Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.-fotoBERNAMA

Seorang kanak-kanak yang cedera akibat gempa bumi diberi rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Ranau hari ini. Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah menyebabkan gegaran dirasai di Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud. -fotoBERNAMA

Siling Masjid Daerah Ranau rosak akibat gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter awal pagi Jumaat. Gempa itu turut dirasai di beberapa kawasan termasuk Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud. -fotoBERNAMA

Rekahan yang berlaku di Kg.Kiau akibat gempa bumi berukuran 6.0-magnitud di kota Ranau, Sabah pada pagi Jumaat. - Foto Twitter: lovesangelseyes @AngelinaCaramel

Sebuah bilik darjah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Muhammad Ali di Ranau juga hampir ranap akibat gegaran berukuran 6.0 magnitud melanda bandar kecil tersebut awal pagi Jumaat. - Twiter: UM07 @ultrasmalaya07

Foto menunjukkan runtuhan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Muhammad Ali, Ranau. - Foto Twitter: UM07 @ultrasmalaya07

Pintu cermin di sebuah bank di sini pecah akibat gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter di Sabah pada 7.15 pagi Jumaat. Pusat gempa itu terletak di 16km barat laut Ranau. - Foto Bernama

Penduduk di sekitar kawasan Ranau, Sabah sedang berkumpul di luar kediaman mereka ketika gegaran 6.0 magnitud melanda bandar kecil tersebut. Pusat gempa yang menggegarkan bandar pada jam 7.15 pagi Jumaat terletak di 16km barat laut Ranau. - Foto Facebook

Beberapa tiang di sebuah bangunan di Ranau retak akibat gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter di Sabah pada 7.15 pagi hari ini. Pusat gempa itu terletak di 16km barat laut Ranau. - Foto Twitter: Norline @sickkore

Beberapa tiang sebuah rumah di sini patah dan retak akibat gempa bumi sederhana bermagnitud 6.0 pada skala Richter di Sabah pada 7.15 pagi pada Jumaar. Pusat gempa itu terletak di 16km barat laut Ranau. - Foto Bernama

Siling sebuah bangunan di sini rosak akibat gempa bumi sederhana bermagnituD 6.0 pada skala Richter di Sabah pada 7.15 pagi Jumaat.Pusat gempa itu terletak di 16km barat laut Ranau. - Foto Bernama
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple

Spotify mula terima buku audio dijana AI
