Gerhana matahari dari pandangan Asia
Fenomena gerhana matahari dapat disaksikan di beberapa kawasan di Asia dan juga Australia pada 9 Mac 2016.
Wed Mar 09 2016
Sekumpulan peminat astronomi tidak melepaskan peluang menyaksikan fenomena gerhana matahari di padang National University Singapore (NUS) menggunakan peralatan canggih yang disediakan mahupun milik persendirian pada pagi 9 Mac 2016. - AFP / ROSLAN RAHMAN
Pelajar-pelajar Malaysia mengambil kesempatan bersifat akademik dari fenomena gerhana matahari ini dengan menyaksikannya melalui teleskop khas yang disediakan di Planetarium Negara di Kuala Lumpur. - AFP / MOHD RASFAN
Imej sempurna gerhana matahari penuh ini dirakamkan dari bandar Ternate, Kepulauan maluku, Indonesia pada 9 mac 2016. Jutaan penduduk di serata gugusan kepulauan negara itu dapat menyaksikan fenomena luar biasa berkenaan dengan disertai ritual keagamaan serta kepercayaan tertentu. - AFP / BAY ISMOYO
Ibarat 'matahari sabit'. Rakaman teleskop bertarikh 9 Mac 2016 dari Planetarium Negara, Kuala Lumpur ini menunjukkan fenomena gerhana matahari separa. Gerhana matahari penuh dapat disaksikan di gugusan kepualuan Indonesia. - AFP / MOHD RASFAN
Rakaman sudut bulan yang menghalang pancaran cahaya matahari ini dirakamkan di Naypyidaw, Myanmar. Berjuta-juta orang khususnya peminat astronomi di beberapa tempat di rantau Asia dan juga Australia tidak melepaskan peluang menyaksikan fenomena luar biasa ini. - AFP / YE AUNG THU
Detik cahaya yang dihalang kedudukan bulan sewaktu gerhana matahari separa dirakamkan di Manila pada 9 Mac 2016. Fenomena gerhana matahari penuh dapat disaksikan di gugusan kepulauan Indonesia dan telah menarik jutaan pemerhati. - AFP / TED ALJIBE
MITI kenal pasti 33 indikator, 32 tindakan akan dilaksanakan melalui mesyuarat Jawatankuasa Daya Saing Negara
NADI pelengkap usaha Sarawak beri kemudahan internet kepada rakyat
KPKT jalin kerjasama kukuhkan sektor perumahan dan kerajaan tempatan
Mesyuarat ASEAN jadi pemangkin promosi pelancongan di Port Dickson
Kepengerusian ASEAN: Kementerian Perpaduan anjur pelbagai program perkukuh perpaduan serantau
Amerika sekat waran tangkap ICJ buat Netanyahu
Romi, robot khas tangani depresi
China berhubung rapat dengan WHO
Sejarah dan budaya Itali diketengah Dolce&Gabbana di Paris
Mahkamah AS henti perjanjian dengan dalang serangan 9/11