Wed Oct 05 2016


Pengarah Pengurusan Produk Google Sabrina Ellis, memberikan penjelasan mengenai produk baharu Pixel pada majlis pelancaran yang diadakan di San Francisco di Amerika Syarikat. - AP Photo/Eric Risberg

Pra-pesanan telah bermula pada Selasa di Australia, Kanada, Jerman, Britain dan AS. - AP Photo/Eric Risberg

Google pada Selasa melancarkan telefon pintar baru Pixel yang dibina dengan kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI) ketika ia cuba menandingi iPhone melalui telefon bimbit berharga premium jenamanya sendiri. - AP Photo/Eric Risberg

Naib Presiden Pengurusan Produk Google Inc., Brian Rakowski berkata Pixel mempunyai program khas untuk memudahkan pengguna menukar sistem operasi, contohnya dari iPhone ke Android. - Ramin Talaie/Getty Images/AFP

Tampil sebagai telefon pintar pertama menggunakan Google Assistant, ia mempunyai simpanan tanpa had untuk gambar dan video, serta serasi dengan Daydream, platform realiti maya syarikat itu. - Ramin Talaie/Getty Images/AFP

Sebahagian daripada anggota media mengambil peluang memeriksa telefon pintar Pixel keluaran Google Inc. - Ramin Talaie/Getty Images/AFP

Dengan menghasilkan perkakasan dan perisian Android, Google memberi cabaran secara langsung kepada Apple dan ekosistemnya yang dikawal ketat. - Ramin Talaie/Getty Images/AFP

Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah

'Saya terkejut polis jawab telefon, beritahu isteri meninggal'
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini

Chery akan bangunkan Taman Perindustrian Automotif Pintar di Hulu Selangor

Pejabat Parlimen Lembah Pantai salur RM40,000 untuk 40 surau, semarak aktiviti Ramadan
