Fri Dec 16 2016


Fasa pertama Mass Rapid Tansit (MRT) laluan Sungai Buloh Kajang (SBK) memulakan operasi secara rasmi hari ini (16 Disember 2016) dengan meliputi 12 stesen sejauh 21 kilometer. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Sebahagian daripada penumpang yang terawal mencuba perkhidmatan MRT laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK)yang mula beroperasi hari ini. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Fasa pertama laluan MRT SBK akan beroperasi secara sendirian, tanpa integrasi dengan rangkaian LRT dan monorel. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Fasa pertama laluan SBK yang melibatkan 12 stesen antara antara Sungai Buloh dan Semantan (21 kilometer) mula beroperasi pada pukul 6 pagi hari ini dengan tambang berharga RM1 dan RM3.90. Namun perkhidmatan ketika ini adalah percuma untuk tempoh sebulan. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Sebagai hadiah Tahun Baru kepada rakyat, perdana menteri pada hari pelancaran, mengumumkan pengguna boleh menaiki MRT dan perkhidmatan bas pengantara dengan percuma selama sebulan bermula hari ini, sehingga 16 Jan, 2017 - Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Seorang kanak-kanak sedang menikmati pemandangan sewaktu menaiki perkhidmatan MRT yang mula beroperasi hari ini. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Tambang MRT Sungai Buloh-Kajang bermula serendah RM1 sehingga tambang maksimum RM6.40 bergantung kepada jarak dan kaedah pembayaran sama ada tunai atau Touch & Go. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Projek Mass Rapid Transit (MRT) akan mengubah gaya hidup rakyat kepada gaya hidup moden dengan pengangkutan awam menjadi norma dalam kehidupan seharian. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Bagi Fasa pertama MRT laluan SBK, selain perkhidmatan percuma selama sebulan, sebanyak 112 bas pengantara turut disediakan juga secara percuma di stesen-stesen laluannya termasuk kawasan tumpuan dan kawasan perumahan. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Seorang wanita kurang penglihatan antara yang terawal menggunakan perkhidmatan MRT yang mula beroperasi hari ini. Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Laluan fasa pertama perkhidmatan MRT laluan Sungai Buloh- Kajang (SBK) merangkumi jarak sejauh 21 kilometer dengan meliputi 12 stesen untuk kemudahan pengguna perkhidmatan awam. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
