Melangkah Ke Hari Pertama Sesi Persekolahan 2016
Melangkah ke hari pertama Sesi Persekolahan 2016
Sun Jan 03 2016
Sebahagian gelagat murid tahun satu pada perhimpunan pagi pertama sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Gerigih dekat Alor Setar. Seramai 31,128 murid tahun satu di Kedah memulakan sesi persekolahan 2016 mereka, Ahad. - fotoBERNAMA
Pengalaman Adik Adam Danial Abdullah, 7, memeluk tidak mahu melepaskan ibunya sebelum memasuki kelas pada hari pertama sesi persekolahan 2016 di Sekolah Kebangsaan Gerigih dekat Alor Setar. Di Kedah, seramai 31,128 murid tahun satu memulakan sesi baru persekolahan mereka, Ahad. - fotoBERNAMA
Murid tahun satu di Sekolah Kebangsaan Gerigih dekat Alor Setar diajar berbaris pada perhimpunan pagi pertama sesi persekolahan 2016. Seramai 31,128 murid tahun satu di Kedah memulakan sesi persekolahan mereka, Ahad. - fotoBERNAMA
Dua murid perempuan tahun satu duduk bersebelahan di meja merasakan pengalaman hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan Gerigih, dekat Alor Setar. Kedua-duanya adalah antara 31,128 orang murid tahun satu di Kedah yang memulakan sesi persekolahan 2016 mereka, Ahad. - fotoBERNAMA (
Seorang guru tahun satu Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pu Nan, Bukit Bakri, Chew Hiew Koon membantu anak muridnya Nurbahiah Balqis Rosman, Tey Yi Siang dan Sia Fu Siang (kiri) menulis nama mereka pada buku ketika tinjuan hari pertama sesi persekolahan 2016 di sekolah itu, Ahad. - fotoBERNAMA
Noriza Muhammad, 46, (kiri) memakaikan kasut kepada anaknya Wan Nor Fashafikah Megat Mahazer, 7, ketika tinjauan sesi persekolahan baharu 2016 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kou Hua, Ahad. Seramai 23 pelajar tahun satu mendaftar di sekolah itu, terdiri 11 Melayu, 11 Siam dan seorang Cina. - fotoBERNAMA
Pelajar tahun satu Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pu Nan, Lui Yu Tek ceria ketika dirakam gambarnya pada hari pertama sesi persekolahan di sekolah itu, Ahad.- fotoBERNAMA
Pemandangan biasa hari pertama persekolahan murid-murid tahun satu yang kebanyakannya ditemani ibu bapa sehingga ke bilik darjah. Gambaran ini dilihat di Sekolah Kebangsaan Paya Bunga, dekat Kuala Terengganu, Ahad, hari pertama sesi persekolahan 2016. - fotoBERNAMA
Pelajar tahun satu, Khun Krissadorn a/l Pricha yang demam terpaksa didukung ibunya Chee Siew Chean, 36, ketika tinjauan sesi persekolahan baru 2016 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kou Hua, Ahad. Seramai 23 pelajar tahun satu mendaftar di sekolah tersebut, terdiri 11 Melayu, 11 Siam dan seorang Cina. - fotoBERNAMA
Seorang pelajar tahun satu, Khun Krissadorn a/l Pricha sedang membetulkan tanda nama pada baju dengan diperhatikan rakannya ketika tinjauan sesi persekolahan baru 2016 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kou Hua di Kuala Nerang, Ahad. Seramai 23 pelajar tahun satu mendaftar di sekolah ini, terdiri 11 Melayu, 11 Siam dan seorang Cina. - fotoBERNAMA
Yoon Suk Yeol berdepan penahanan
Pembangunan Kampung Baru kekalkan ciri-ciri kemelayuan - Dr Zaliha
Malaysia perlu cadang langkah lebih tegas tangani isu hak asasi manusia di ASEAN - Penganalisis
PM cuba bawa kejayaan Thaksinomik ke seluruh ASEAN - Penganalisis
Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan berlangsung hari ini hingga 5 Januari
Penduduk mengeluh 'benteng puaka' jadi perangkap air
JKM mohon sokongan tambahan daripada kerajaan
Pesawat Siberian Airlines dari Moscom tergelincir dari landasan
Yoon Suk Yeol berdepan penahanan
Jualan tahunan kereta elektrik Tesla merosot buat kali pertama