Fri Sep 25 2015


Kesan kebakaran di tanah gambut luas berhampiran kawasan kediaman di Banjar Baru di Selatan wilayah Kalimantan, Pulau Borneo pada 23 September, 2015. Presiden Indonesia Joko Widodo mengarahkan satu pasukan bomba bersama polis dan tentera dalam operasi pemadaman api - Foto AFP/ROMEO GACAD

Presiden Indonesia Joko Widodo memeriksa kesan kebakaran di kawasan tanah gambut di Banjar Baru di Selatan wilayah Kalimantan Pulau Borneo pada 23 September, 2015. - Foto AFP/ROMEO GACAD

Pasukan bomba Indonesia memerhatikan sebuah helikopter melepaskan air semasa satu lawatan oleh Presiden Joko Widodo di daerah Sambung Lihung di Selatan wilayah Kalimantan Pulau Borneo pada 23 September, 2015. - Foto AFP/ROMEO GACAD

Presiden Indonesia Joko Widodo dan para pegawai memeriksa salah satu kawasan tanah gambut di daerah Sambung Lihung di Selatan yang terbakar - Foto AFP/ROMEO GACAD

Pauskan bomba Indonesia disokong oleh polis dan tentera menjalankan operasi pemadaman api di sebuah kawasan tanah gambut berhampiran sebuah kawasan kediaman dan perindustrian di Banjar Baru di Selatan wilayah Kalimantan di pulau Borneo pada 23 September, 2015. - Foto AFP/ROMEO GACAD

Sebuah helikopter melepaskan air untuk memadam api di kawasan tanah gambut di Banjar Baru Selatan wilayah Kalimantan, Pulau Borneo pada 23 September, 2015. - Foto AFP/ROMEO GACAD

Kesan kebakaran hutan di Banjar Baru di Selatan wilayah Kalimantan di Pulau Borneo pada 23 September, 2015. - Foto AFP/ROMEO GACAD

Presiden Indonesia Joko Widodo memeriksa satu kawasan tanah gambut yang terbakar. Indonesia telah membatalkan lesen pembekal kayu dan menggantung operasi tiga operator ladang sawit kerana kebakaran yang telah menyebabkan jerebu di Asia Tenggara, manakala Presiden Widodo telah berikrar mereka yang bertanggungjawab akan dihukum. - Foto AFP/ROMEO GACAD
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.