Mon Jul 13 2015
Polis meminta orang ramai agar mendapatkan maklumat tepat daripada pihak polis dan bertindak secara rasional dengan tidak mudah mempercayai sebarang perkara yang tersebar di media sosial. - Foto Astro AWANI

Keadaan menjadi tegang selepas tujuh lelaki didakwa mengamuk di Plaza Low Yat pada Sabtu apabila seorang rakan mereka didakwa ditipu penjual telefon bimbit di pusat beli belah tersebut.- Foto Astro AWANI

Sekumpulan pemuda kelihatan diarahkan oleh pihak polis agar tidak memasuki kawasan sekitar Plaza Low Yat dalam insiden rusuhan pada 13 Julai 2015 . - Foto Astro AWANI

Orang ramai diarahkan oleh pihak polis agar tidak melintasi halangan polis bagi mengelakkan mereka turut terbabit dalam insiden rusuhan di Plaza Low Yat pada pagi Isnin 13 Julai 2015 - Astro AWANI

Polis yang telah bersiap sedia di lokasi dapat mengawal keadaan dan berjaya menyuraikan kumpulan tersebut yang masuk ke dalam pusat membeli-belah di Plaza Low Yat pada Isnin untuk mencetuskan kekacauan. - Foto Astro AWANI

Antara kumpulan perusuh yang melepaskan kemarahan sebelum dapat dikawal oleh pihak polis. Sehingga Isnin tidak kurang dari 18 orang telah ditahan bagi membantu siasatan. Foto Astro AWANI

Polis menahan 15 individu bagi membantu siasatan berhubung insiden pergaduhan dan rusuhan di Plaza Low Yat dengan 14 daripadanya ditahan kerana melakukan rusuhan bersenjata - Foto Astro AWANI

Polis telah membuka dua kertas siasatan melibatkan Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh susulan insiden pergaduhan di hadapan Plaza Low Yat, Kuala Lumpur pada pagi Isnin, 13 Julai 2015. - Foto Astro AWANI

Seorang anggota polis dilihat menggunakan pembesar suara bagi mengarahkan agar orang ramai dan mereka yang berhimpun di hadapan Plaza Low Yat Kuala Lumpur pada awal pagi Isnin 13 Julai 2015, agar bersurai - Foto Astro AWANI

Sebahagian dari anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) wanita yang dikerahkan berkawal susulan rusuhan di hadapan Plaza Low Yat, Kuala Lumpur pada awal pagi Isnin - Foto Astro AWANI

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
